Ini kali ke-9 Najib membentangkan belanjawan negara sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri pada April 2009.
Datuk Seri Najib Razak yang berbaju Melayu biru memasuki Dewan Rakyat pada jam 3.15 petang di depan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ini ialah kali ke-9 Najib membentangkan belanjawan negara sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri pada April 2009.
Ahli Parlimen akan mula membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2018 itu di peringkat dasar mulai Isnin depan sehingga 7 November ini, disusuli sesi jawapan menteri sebelum dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula 14 hingga 28 November nanti. FMT