Update PERJUANGAN HAMPIR SELESAI ?? Apandi Ali, Dzulkifli Ahmad MASIH Berpeluang jadi WIRA >> Berita Malay 18

oleh: Haniff Khatri 
Siri : 1131
PERJUANGAN HAMPIR SELESAI ?? !!
APANDI ALI & DZULKIFLI AHMAD - RAKYAT MALAYSIA MASIH BOLEH TERIMA ANDA SEBAGAI "WIRA" - LAKSANAKANLAH YANG HAK TANPA GUNDAH !!
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Saya perlu mulakan tulisan ini dengan kenyataan jelas dan tegas bahawa PERJUANGAN untuk SELAMATKAN MALAYSIA, adalah satu perjuangan yang berteraskan konsep kenegaraan, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan tidak mempunyai urusan berkaitan isu peribadi mana-mana pihak.
2. Justeru, ianya bukanlah dalam kepentingan PERJUANGAN, untuk saya secara peribadi berbicara mahupun memberi komen ataupun pendapat berkaitan isu-isu peribadi mana-mana pemimpin, tokoh ataupun pihak berkuasa, berhubung dengan tabiat ataupun tingkahlaku peribadi seperti berjudi, minum arak mahupun hubungan rapat dengan wanita lain !! Suka ataupun tidak, bagi saya di situ, perlu diletakkan noktahnya !!
3. Isu yang jauh lebih penting tatkala kini, dalam PERJUANGAN terhadap keBATHILan Kerajaan NAJIB RAZAK, adalah berkaitan apakah SEBAB UTAMA wujudnya sesetengah pihak dari kem NAJIB RAZAK cukup beria-ia untuk menjadikan isu Pesuruhjaya SPRM, DZULKIFLI AHMAD, satu isu penting untuk membawa kepada kecacatan kredibiliti DZULKIFLI AHMAD, di mata rakyat ?? !!
4. Itulah yang ingin saya bincangkan di Siri : 1131 di sini !!
5. Pada 17.10.2017, selepas tersebarnya berita tentang kewujudan Laporan Polis yang dibuat terhadap DZULKIFLI AHMAD. kononnya di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan, MALAYSIAKINI di bawah tajuk "IGP sahkan polis siasat aduan hubungan sulit pegawai SPRM", telah melaporkan :
"Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini mengesahkan bahawa polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung laporan yang mendakwa seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.", dan
"Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan berhubung laporan itu."
(Link Laporan : http://ift.tt/2ytxKyj)
6. Namun, kemudiannya MALAYSIAKINI bertarikh 19.10.2017 pula, di bawah tajuk "AGC tubuh pasukan khas pantau siasatan kes Dzulkifli", telah melaporkan :
" Pejabat Peguam Negara (AGC) telah menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk memantau dengan teliti siasatan berhubung dakwaan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad cuba memikat isteri orang.", dan
"Memandangkan keseriusan tuduhan yang boleh menjejaskan integriti ketua pesuruhjaya SPRM, AGC telah membentuk pasukan petugas pada 16 Oktober untuk memantau teliti siasatan terhadap kesalahan yang didakwa itu."
(Link Laporan : http://ift.tt/2hQ1ADu)
7. Dari segi undang-undang, sememangya pihak berkuasa yang terbabit, iaitu, POLIS di dalam kes ini bertanggungjawab untuk membuka Kertas Siasatan berkaitan mana-mana Laporan Polis yang diterima, dan selepas selesainya siasatan, pihak POLIS jugalah boleh memberi pandangan kepada Pejabat Peguam Negara, samada dalam pandangan POLIS, perlu ataupun tidak, untuk diteruskan dengan apa-apa tindakan lanjut mahupun untuk menutup kes. Pejabat Peguam Negara, pula berkuasa dari segi undang-undang untuk membuat keputusan muktamad berkaitan mana-mana siasatan POLIS itu.
8. Justeru, dari segi undang-undang, semmangnya TIADA KEPERLUAN untuk APANDI ALI sebagai "Peguam Negara" untuk menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas bagi tujuan siasatan kes ini, yang sememangnya adalah dalam bidangkuasa dan tugas pihak POLIS untuk membuat siasatan terlebih dahulu, sebelum Kertas Siasatan dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara.
9. PERSOALAN PENTING ??
(a) Mengapakah ada pihak yang beria-ia sangat untuk membuat Laporan Polis terhadap Pesuruhjaya SPRM, DZULKIFLI AHMAD ?? !!
(b) Mengapakah "Peguam Negara" APANDI ALI perlu tubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi tujuan siasatan Laporan Polis itu ?? !!
10. Sebelum JAWABAN diberi kepada PERSOALAN - PERSOALAN di atas, perlu dinyatakan bahawa, sememangnya, sebelum daripada ini, di banyak Siri terdahulu, saya telah banyak menulis berhubung kepercayaan dan keyakinan yang kukuh di fikiran Rakyat Malaysia yang prihatin, bahawa kedua-duanya, iaitu, APANDI ALI dan DZULKIFLI AHMAD, merupakan pihak-pihak "penting" yang bersubahat dalam "memelihara" kepentingan NAJIB RAZAK, terutamanya, seperti apa yang berlaku pada 26.01.2016, di mana APANDI ALI yang ditemani DZULKIFLI AHMAD, telah membuat pengumuman yang kononnya membebaskan NAJIB RAZAK daripada apa-apa SALAHLAKU JENAYAH berkaitan SKANDAL 1MDB & SRC yang masih sehingga kini menjadi kemelut negara !!
(Link Laporan : http://ift.tt/2irGzD9)
11. JAWABAN SEBENAR kepada PERSOALAN di Perenggan 9(a) di atas - (a) Mengapakah ada pihak yang beria-ia sangat untuk membuat Laporan Polis terhadap Pesuruhjaya SPRM, DZULKIFLI AHMAD ?? !!:
(a) Selama ini DZULKIFLI AHMAD, dalam menunjukkan kepada Rakyat Malaysia bahawa beliau melaksanakan tanggungjawab SPRM dalam memerangi RASUAH dan SALAHLAKU KEWANGAN, telah membuka penyiasatan dan melakukan tahanan terhadap pelbagai pihak, samada dari pihak bukan Kerajaan NAJIB RAZAK, mahupun yang kelihatan di mata Rakyat sebagai dari pihak Kerajaan NAJIB RAZAK !!
(b) Antara contoh terkini yang melibatkan siasatan dan tahanan terhadap pihak yang kelihatan di mata Rakyat sebagai dari pihak Kerajaan NAJIB RAZAK, adalah kes ISA SAMAD dan KETUA PEMUDA BAHAGIAN BAGAN DATOH, yang dipercayai rapat dengan Timbalan Perdana Menteri ZAHID HAMIDI !!
(Link Laporan : http://ift.tt/2irL2G0 dan http://ift.tt/2ipmdKF)
(c) Dalam erti kata lain, di fikiran segelintir pihak di dalam kem NAJIB RAZAK, tindakan DZULKIFLI AHMAD ini, menunjukkan bahawa DZULKIFLI AHMAD tidak boleh diharap dan tidak boleh dikawal dalam kem NAJIB RAZAK, kerana tindakan agresif SPRM ini, pasti akan menjejaskan kelancaran ALIRAN DANA di pihak NAJIB RAZAK menjelangnya PRU-14, yang wajib diadakan tidak lama lagi !!
(d) Mana-mana kelumpuhan ALIRAN DANA itu, pastinya akan menyukarkan lagi peluang Kerajaan NAJIB RAZAK untuk berjaya di PRU-14 itu kelak, lebih-lebih lagi apabila kredibiliti Kerajaan NAJIB RAZAK adalah di tahap yang terendah disebabkan kemelut SKANDAL 1MDB dan penderitaan kehidupan Rakyat masa kini !!
(e) Justeru, tindakan agresif SPRM di bawah DZULKIFLI AHMAD itu, adalah menjadi satu KEGUSARAN di kalangan segelintir pihak dalam kem NAJIB RAZAK, yang berkepentingan kini untuk mencacatkan kredibiliti peribadi DZULKIFLI AHMAD !!
12 JAWABAN SEBENAR kepada PERSOALAN di Perenggan 9(b) di atas - (b) Mengapakah "Peguam Negara" APANDI ALI perlu tubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi tujuan siasatan Laporan Polis itu ?? !!
(a) Bebas daripada pengumuman APANDI ALI pada 26.01.2016, yang kononnya membebaskan NAJIB RAZAK daripada apa-apa SALAHLAKU JENAYAH berkaitan SKANDAL 1MDB & SRC, pada 11.04.2017, APANDI ALI telah mengeluarkan satu lagi kenyataan yang mengesahkan bahawa siasatan SPRM berkaitan kes SRC itu belum ditutup sepenuhnya, dan sebenarnya masih sedang dijalankan dan sepatutnya disudahkan dalam masa terdekat kepada tempoh itu !!
(Link Laporan : http://ift.tt/2otsZ3b)
(b) Pada 19.08.2016 dan 12.04.2017, Ketua Polis Negara (pada ketika itu), KHALID ABU BAKAR juga telah mengesahkan bahawa siasatan POLIS berkaitan 1MDB telah lama selesai dan Kertas Siasatan telahpun dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut !!
(Link Laporan : http://ift.tt/2yG9Ca5 dan http://ift.tt/2oxqCMz)
(c) Pendek kata, berhubung siasatan SPRM berkaitan kes SRC sudahpun berlalu 6 bulan dan 10 hari sejak kenyataan APANDI ALI dikeluarkan pada 11.04.2017, dan berhubung siasatan POLIS berkaitan 1MDB pula, sedahpun berlalu akan satu tempoh selama 1 tahun, 2 bulan dan 2 hari sejak kenyataan KHALID ABU BAKAR dikeluarkan pada 19.08.2016, namun masih seolah-olah belum ada tindakan lanjut di pihak APANDI ALI sama-sekali !!
(d) Sememangnya, saya pernah utarakan pandangan berhubung isu yang dinyatakan di Perenggan 12 (a), (b) dan (c) di atas, di Siri : 814, 815, 816, 882, 906, 915 & 1121) sebelum ini, namun apa yang perlu ditekankan adalah, apa yang nampaknya seolah-olah KELENGAHAN dan KEALPAAN di pihak APANDI ALI untuk mengambil tindakan lanjut berkaitan kedua-dua siasatan yang tergantung sekian lama setakat ini, besar kemungkinan adalah diNIATkan di pihak APANDI ALI, untuk menjadi "TRUMP CARD" di pihak APANDI ALI, bagi tujuan membawa TINDAKAN JENAYAH terhadap NAJIB RAZAK, bila dia rasakan kononnya sesuai, dengan bantuan DZULKIFLI AHMAD, kelak !!
(e) Oleh itulah, SEBAB utama APANDI ALI tubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi tujuan siasatan Laporan Polis terhadap DZULKIFLI AHMAD itu, adalah untuk memelihara kredibiliti "orang penting"nya, DZULKIFLI AHMAD, daripada dihancurkan oleh segelintir pihak di dalam kem NAJIB RAZAK, yang tidak puas hati dengan tindakan agresif SPRM di bawah DZULKIFLI AHMAD, seperi yang dinyatakan di Perenggan 11 di atas !!
13. PESANAN IKHLAS kepada APANDI ALI dan DZULKIFLI AHMAD :
(a) Sememangnya BENAR, bahawa Rakyat Malaysia yang prihatin, PERCAYA dan YAKIN bahawa anda berdua adalah antara DALANG UTAMA yang selama ini berSUBAHAT untuk membantu menegakkan keBATHILan NAJIB RAZAK !!
(b) Namun, anda berdua hendaklah yakini, bahawa Rakyat Malaysia yang prihatin cuma DAHAGAkan yang HAK dan BENAR untuk kesejahteraan DEMI NEGARA TERCINTA, dan tiada perasaan dendam mahupun benci secara peribadi terhadap anda berdua, melainkan untuk matlamat sebenar dalam PERJUANGAN SELAMATKAN MALAYSIA itu adalah tercapai !!
(c) Justeru, anda berdua, APANDI ALI dan DZULKIFLI AHMAD, masih mempunyai peluang untuk menjadi WIRA NEGARA, seandainya anda berdua melaksanakan segala yang perlu yang anda berdua kelihatan jelas telah lama simpan di benak fikiran anda untuk lakukan, iaitu membawa akan NAJIB RAZAK ke medan keadilan MAHKAMAH melalui TUDUHAN SALAHLAKU JENAYAH, secara serta-merta !!
(d) Janganlah anda berdua lupa dan leka tentang apa yang telah berlaku kepada mantan Peguam Negara ABDUL GANI PATAIL yang telah dilucutkan jawatan berkuatkuasa 27.07.2015 kerana dipercayai "TRUMP CARD" yang kononnya dipegang oleh ABDUL GANI PATAIL itu, telah tidak digunakannya dengan licik dan matang, sehingga beliau menjadi mangsa kerakusan NAJIB RAZAK !!
(Link Laporan : http://ift.tt/2yFBueF)
(e) Janganlah anda berdua buang masa lagi kerana MASA itu sememangnya di tahap kini, adalah EMAS !!
WAHAI APANDI ALI DAN DZULKIFLI AHMAD - LAKUKAN YANG HAK DAN BENAR SEKARANG !!!
BERANI KERANA BENAR !!!
TANPA GUNDAH - GANJARA !!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :