Rafizi tidak menghalang sebarang pelan perniagaan MAB, namun beliau bimbang kerana dana besar itu wang rakyat.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli akan kemukakan usul kepada Dewan Rakyat supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan kertas putih berhubung cadangan Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) untuk menggunakan RM50 bilion bagi pembelian pesawat baharu.
Naib presiden PKR itu berkata, pembentangan kertas putih itu perlu dilakukan supaya dana RM50 bilion yang bakal dibelanjakan MAB tidak sia-sia.
“Saya akan menghantar satu usul ke Parlimen bagi sidang dewan akan datang supaya satu kertas putih dibentangkan oleh Najib untuk menerangkan bagaimana Khazanah dan MAB bercadang memastikan perbelanjaan RM50 bilion ini tidak sia-sia,” kata Rafizi pada sidang media hari ini.
Rafizi bagaimanapun yakin Najib tidak akan melakukan perkara itu.
“Saya akan hantar usul itu walaupun besar kemungkinan Najib tidak berani bentangkannya di Parlimen,” katanya.
Rafizi tidak menghalang sebarang pelan perniagaan MAB, namun beliau bimbang kerana dana besar itu wang rakyat.
“Saya bukanlah mahu menghalang atau mempolitikkan pelan perniagaan MAB, bagaimanapun, sebarang keputusan MAB yang membabitkan perbelanjaan besar adalah isu awam yang mesti dikaji oleh ahli Parlimen seperti saya.
“MAS kini dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia melalui Khazanah Nasional Berhad, iaitu badan pelaburan negara yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan,” kata Rafizi.
Sehubungan itu, sebarang perbelanjaan besar oleh MAB akan menggunakan dana Khazanah dan itu merupakan satu pelaburan awam, katanya.
Rafizi menyeru agar pengurusan Khazanah dan MAB mengesahkan secara rasmi cadangan membeli 75 pesawat baharu yang menelan belanja sehingga RM50 bilion dalam masa 2 tahun ini.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Kenapa Najib Umno Hasut Melayu, 'Cina DAP Akan Kawal Melayu'? Siapa Jho Low dalam 1MDB?] Pimpinan Pakatan Harapan, mahasiswa sokong Rafizi. >> Berita Malay 18Khamis, 8 Februari 2018
Pimpinan Pakatan Harapan, mahasiswa sokong Rafizi
Pimpinan Pakatan Harapan dan mahasiswa menyuarakan pandanga… Read More...
Update [Video Dr M-Pengurusan Kewangan Negara Lemah Dibawah Najib & Hutang Negara MENINGKAT lagi RM1,000,000,000,000.00] Ekonomi Malaysia dalam situasi sukar? >> Berita Malay 18Khamis, 8 Februari 2018
Jikalau semak semula hutang isi rumah di Malaysia bukanlah tinggi biasa, sangat tinggi iaitu pada kadar 88.5… Read More...
Update [Video HARAPAN akan kaji semula FDI termasuk ECRL] Dr Mahathir & ANAK teruskan Jelajah Selamatkan Felda 2.0 di Lurah Bilut, Mempaga Sabtu ini. >> Berita Malay 18Khamis, 8 Februari 2018
Ini papantanda menunjukkan arah ke Lurah Bilut, projek Felda pertama didalam sejarah negara kita. Teruja juga h… Read More...
Update Berkirim Surat Sejak Kecil Tanpa Pernah Bertemu, 42 Tahun Kemudian Tangis Keduanya Pecah >> Berita Malay 18
… Read More...
Update ELAK RISIKO SERANGAN SIBER >> Berita Malay 18
Kuala Lumpur: Kerajaan memandang serius ancaman serangan siber sejajar dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi di n… Read More...