Update Rumah mampu milik seperti main loteri, kata Wong Chen >> Berita Malay 18

Ketua biro perdagangan dan pelaburan PKR berkata hanya 1% yang dapat rumah mampu milik daripada keseluruhan yang memerlukannya.
wong-chen-perumahan-mampu-milik-malaysiaPETALING JAYA: Ketua Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR Wong Chen mengkritik idea menyediakan perumahan mampu milik kerana ia bukan cara yang berkesan untuk menyalurkan wang kepada golongan miskin.
Bercakap di wacana iMoney.my yang disiarkan secara langsung di Facebook hari ini, Wong berkata masalah perumahan mampu milik ialah tiada cara untuk membina rumah secukupnya untuk bilangan rakyat yang memerlukan.
“Andaikan ada 1 juta keluarga di Malaysia yang perlukan rumah mampu milik berdasarkan kepada jumlah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia. Siapa yang mampu bina rumah secukupnya untuk semua orang itu?
“China pun tidak mampu bila 100,000 rumah setahun jadi andaikan kerajaan mampu bina sekurang-kurangnya 10,000 unit setahun – jumlah yang banyak – itu pun hanya 1% daripada 1 juta keluarga yang perlukan rumah mampu milik,” katanya.
“Perumahan mampu milik seperti main loteri.”
Beliau berkata apabila wujud dasar “cabutan bertuah” seperti itu, rasuah juga akan berleluasa.
“Mudah untuk fikirkan mengenai rasuah bila kita bincang mengenai perumahan mampu milik. Kamu hanya perlu ‘kautim’ dengan seseorang untuk mendahului persaingan.”
Ahli Parlimen Kelana Jaya itu berkata perkara lain yang perlu difahami ialah pemaju bukannya berniaga untuk beramal.
“Pemaju bukan berniaga untuk tujuan beramal jadi kamu berdepan situasi di mana mereka sepatutnya pasang paip 6 inci tapi sebaliknya mereka pasang paip 4 inci pula.
“Dalam kawasan saya ada golongan miskin tegar yang tinggal di pangsapuri yang uzur dan itu yang berlaku dengan perumahan mampu milik: Bukan sahaja ia seperti cabutan bertuah, hadiahnya juga teruk.”
Turut hadir di perbincangan itu ialah ahli ekonomi terkemuka Jomo Kwame Sundaram yang tidak bersetuju dengan Wong Chen kerana penyalahgunaan kawalan ke atas tanah merumitkan masalah perumahan mampu milik.
“Di Malaysia, kawasan ke atas tanah ialah antara sumber yang paling penting,” katanya. “Masalahnya akses kepada tanah dikawal dan disalahgunakan oleh ahli politik dan ahli politik bersekongkol dengan pemaju.”
“Saya setuju dengan kamu yang kita ada banyak masalah perumahan berkualiti rendah, tetapi itu tidak bermakna masalah itu tidak boleh diselesaikan.”
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :