Update Semoga Allah Berikan Jodoh Kedua Ku Dengan Lelaki Sebaik Ini - Fasha Sandha >> Berita Malay 18

SETAHUN lebih hidup sebagai seorang ibu tunggal mungkin merupakan masa yang sesuai untuk aktres Fasha Sandha kembali berumah tangga.

Fasha menerusi entri terbaharu di akaun Instagram (IG)nya berharap agar diberikan jodoh kedua dengan lelaki yang sama baik seperti di dalam video yang dimuat naik.

Video yang dikongsikan menunjukkan seorang pengantin lelaki menangis apabila pertama kali menyentuh jari isterinya ketika sesi menyarungkan cincin.

Pengantin lelaki yang berjubah hijau serta berkopiah itu turut kelihatan malu ketika mahu menyarungkan cincin ke jari wanita yang baru sahaja disahkan menjadi isterinya. Sumber : Astro AWANI

Berikut merupakan video dan kapsyen yang ditulis Fasha:

Subscribe to receive free email updates: