 |
Imej via http://ift.tt/2iIRcBA |
BESUT - Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh menyarankan agar kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun diberi pendedahan awal mengenai mata pelajaran pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta bahasa asing bagi memastikan mereka bersedia menghadapi kemajuan dunia dalam bidang berkenaan.
Justeru katanya, pihak yang mengendalikan pendidikan di peringkat kanak-kanak di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) perlu bersedia untuk menghadapi pendekatan baharu tersebut agar kanak-kanak tidak ketinggalan dalam menguasainya di masa depan.
“Sebagai contoh di Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) termasuk Yayasan Islam Terengganu (YIT) iaitu pihak yang terbabit dalam mengasuh dan mendidik peringkat awal kanak-kanak perlu bertindak agar setiap kanak-kanak di negeri ini dapat menguasai subjek pendidikan arus perdana dalam mata pelajaran Sains dan Matematik serta bahasa di Tahun 1 kelak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Taska peringkat negeri di Kota Putera Square, Kampung Raja di sini yang turut dihadiri Adun Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan Pengarah YPKT Mohd Safaruddin Mustaffa.
Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata perancangan yang menepati sasaran perlu dilakukan YPKT dalam membentuk masa depan kanak-kanak di negeri ini agar mereka boleh diketengahkan hingga ke peringkat dunia.
Katanya, kanak-kanak mampu dibentuk mengikut kehendak negara di masa depan dengan mengguna pakai kurikulum Permata Negara yang menerapkan pendekatan belajar melalui bermain serta Konsep 3E (Explore, Experimental dan Experience).-Bernama
Related Posts :
Update Losing Nurul Izzah to principles... >> Berita Malay 18
Three months ago, Nurul Izzah (above) resigned as PKR vice-president and relinquished her posts as PKR Penang chief and other governmen… Read More...
Update Kerajaan perkenal semula aliran kerja penjawat awam bagi atasi karenah birokrasi >> Berita Malay 18
Imej via Bernama
SERDANG: Sistem kerja lama berteraskan tiga garis panduan akan dikembalikan dalam jentera operasi kerajaan bagi m… Read More...
Update [Video ADAKAH PAS-UMNO BERSOLIDARITI DENGAN EKSTREMISME?] Adakah masih berhasrat melihat Umno Kleptokrat BERKUASA SEMULA? Insentif PH tajaan Mara meningkat sebanyak RM1.2billion & Beritahu kepada boss lobak koyak and boss kepada Hadi, PH tetap bantu dan beri yang lebih baik utk rakyat. >> Berita Malay 18Selasa, 26 Mac 2019
Insentif PH
Pakatan Harapan Supporters
Insentif PH yang dipulangkan kembali kepada rakyat. -peruntukan kepada syiar… Read More...
Update [Video Alat DAP! Hadi, siapa pemimpin Amanah itu? Buktikan - Salahuddin] Terbukti Pas menipu lagi? Janji2 PAS yang masih belum ditunaikan, walaupun selepas 10,000 hari >> Berita Malay 18Selasa, 26 Mac 2019
KiniTV
Amanah mahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan bukti susulan dakwaan beliau bahawa Amanah dit… Read More...
Update [Video ISU PELAJAR UM DICEKIK & '13 MEI' DIBANGKITKAN DI PARLIMEN] UMNO cukup jahat! Kami wartawan pelatih, bukan pelajar UM. >> Berita Malay 18Selasa, 26 Mac 2019
Tak Nak BN
Kami wartawan pelatih, bukan pelajar UM
Sudah tiga hari berlalu selepas kejadian di Restoran Amjal di ha… Read More...