Update SYED SADDIQ DITAWAR RM5 JUTA, BERANIKAH SPRM BERTINDAK? ATAU SEDIAKAH NAJIB MENYAMAN KETUA ARMADA BERSATU ITU? >> Berita Malay 18

Semalam Najib Razak merasmikan bangunan baru SPRM sambil membawa buah tangan berjumlah RM5 juta untuk diberikan kepada Yayasan Prihan SPRM, sebuah yayasan di bawan agensi tersebut yang berperanan menjaga kebajikan para pekerjanya.

Kata Najib, sumbangan itu bukan saja untuk menjaga kebajikan anggota agensi tersebut yang bekerja siang dan malam untuk melawan rasuah, tetapi juga sebagai tanda sokongan beliau kepada usaha murni itu.

"Teruslah berjuang habis-habisan kerana rasuah memang ancaman kepada negara, tamadun, masyarakat dan masa depan kita.

"Apabila kita dapat membendung rasuah dan salah guna kuasa, Insya Allah negara akan lebih maju dan berjaya seperti matlamat kita di bawah visi Transformasi Nasional 2050," kata beliau lagi dalam ucapannya itu.

Wowwww...macam ungkapan pendita suci ucapan Najib di majlis berkenaan, meskipun peruntukan RM5 juta yang diumumkannya itu hadir di ketika SPRM belum lagi menghantar laporannya kepada Jabatan Peguam Negara berkenaan wang SRC International berjumlah RM42 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Sehubungan itu, demi maruah dan intergriti seluruh anggota SPRM, memang wajar Yayasan Prihatin SPRM memulangkan saja wang tersebut sebagaimana yang didedak oleh PKR

Menerima wang tersebut seolah-olah menghalalkan rasuah atas rasuah berlaku secara terang-terangan dan terbuka di bangunan SPRM sendiri.

Apakah anggota dan petugas SPRM tidak rasa terhina dengan sumbangan RM5 juta tersebut?

Selain sumbangan RM5 juta itu yang menjadi perbualan, kehadiran Najib merasmikan bangunan baru SPRM juga menjadi pertikaian ramai sebenarnya.
Najib, dalam kedudukan kesnya masih belum selesai serta terpalit dengan skandal 1MDB dan kemasukan RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya serta penyiasatan oleh DOJ masih lagi berjalan, dianggap tidak wajar sama-sekali hadir dan merasmikan bangunan SPRM.

Kehadirannya itu dianggap jenaka paling memualkan, tidak saja buat SPRM, malah juga kepada imej negara.

Itu cerita semalam. Hari ini pula Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua Armada Bersatu mendedahkan beliau telah ditawarkan RM5 juta untuk meninggalkan Bersatu dan pergi melanjutkan pelajaran ke peringkat master dalam bidang polisi awam di Oxford.

Secara terbuka Syed Saddiq menyebut suapan RM5 juta itu dilakukan oleh  penasihat kanan Najib yang disebut namanya sebagai Habibur Rahman.

Syed Saddiq bagaimana dengan tegas  menolak tawaran tersebut kerana ingin terus kekal dalam perjuangan menyelamatkan Malaysia bersama Bersatu dan Pakatan Harapan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: