ALOR SETAR - Mana-mana ahli Pas tidak perlu keluar daripada parti itu bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, kehadirannya ke Konvensyen Nasional Amanah adalah kerana komitmen ditunjukkan Amanah bersama Pakatan Harapan untuk mengubah kuasa politik dalam negara.

“Tak perlu keluar parti untuk beri sokongan sebab Harapan sahaja yang tunjuk komitmen mahukan perubahan politik, ini tidak ada pada gagasan sejahtera diketuai Pas. Pas hanya sasarkan 40 kerusi pada PRU14, jadi tak nampak macam usaha mahu ambil kuasa dari BN,” katanya.
Menurutnya, Pas kini dilihat bukan sebuah parti yang bersama rakyat mahu membawa perubahan dalam negara.
“Pas macam tak bersedia ambil kuasa, jadi kita beri sokongan tanpa keluar parti untuk ambil alih kuasa politik, pada masa sama selesaikan masalah rakyat,” katanya.
Mahfuz hadir bersama tiga lagi pemimpin Pas yang disifatkan ‘mesra Pakatan’, iaitu Ketua Pembangkang Dun Kedah, yang juga Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah; Mohd Nasir Mustafa (Adun Kubang Rotan) serta Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok).
Mahfuz berkata, beliau menerima jemputan daripada Amanah dan kehadirannya itu bagi menunjukkan sokongan kepada Harapan.
“Saya percaya Pas tidak akan kenakan tindakan kepada saya, ini keterbukaan berpolitik. Ahli politik boleh hadir majlis politik, bukan kesalahan jika sokong politik yang lebih terbuka,” katanya.
Related Posts :
Update promosi doktrin Syiah, Mujahid sokong ke? >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa diminta bertegas terhadap pihak yang berani mempr… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/09/update-video-pi-bala-bekas-pegawai.html">Update [Video Pi Bala (Bekas pegawai polis) Dedahkan Najib, Rosmah dan Nazim terlibat kes Altantuya & 60 Minutes Australia: Dirty Secret] Ho, ho, Mana satu pilihan Umno? Klip viral "Disana Menanti Disini Menunggu"...Seksanya menanti perkahwinan PASUM! >> Berita Malay 18
… Read More...
Update “Jangan BAYAR (PTPTN) sehingga bergaji RM4,000 ok?” - KJ >> Berita Malay 18
Khairy Jamaluddin terus menyindir mengenai isu bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kali ini m… Read More...
Update [Video Umno mungkin tak letak calon di PD] BERSATU tidak terima BEKAS PEMIMPIN UMNO dengan mudah! Kesian ada yg SENTAP, tak jadi keluar Umno & Lewat, Liwat dan Undang-Undang Lapuk. >> Berita Malay 18Ahad, 23 September 2018
Dah 3 pilihanraya kecil di selangor, pas & umno bukan lagi mengorat, tapi dah berkongsi ranjang. Saya setuju … Read More...
Update Pudin Tak Layak jd Menteri Luar, mengeluh terpaksa lawat negeri dia tak suka >> Berita Malay 18
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah diselar pihak pembangkang kerana menghantar ciapan umum di Twitter mengenai dirinya terpaksa melawa… Read More...