Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, untuk membolehkan SPRM melaksanakan revolusi bagi menjadikan rasuah sebagai musuh utama negara, BN perlu dibuang terlebih dahulu.
Katanya, keperluan itu timbul kerana semua usaha yang wajar dilakukan oleh SPRM akan menjadi sukar selagi BN berkuasa.
Mengambil satu contoh, Tuan Ibrahim menegaskan, ketika ini masyarakat masih keliru mengenai tafsiran "hadiah" daripada pihak tertentu yang berkepentingan.
"Sumber kekeliruan rakyat terhadap rasuah adalah hasil daripada campurtangan BN dalam SPRM selama ini.
"Tetapi, selagi BN berkuasa, segala-galanya susah untuk SPRM bergerak seperti yang sewajarnya," ujar beliau lagi.
Apabila Tuan Ibrahim menegaskan BN perlu dibuang daripada memerintah negara ini, siapa agak-agak yang ada dalam fikirannya paling layak jadi pengganti untuk mengambil alih Putrajaya?
Adakah Gagasan Sejahtera yang didalamnya ada Pas, Ikatan, Berjasa dan Parti Cinta Malaysia yang tidak begitu dikenali dan bertanding pula hanya 100 kerusi Parlimen saja?
Atau Pakatan Harapan yang bukan saja lengkap dianggotai parti-parti yang mewakili kepentingan semua kaum, bertanding hampir semua kerusi serta di dalamnya sedia dibarisi pemimpin-pemimpin ternama dan berpengalaman?
Lagi pun, siapa lagi selain Pakatan Harapan yang mempunyai iltizam tinggi untuk memerangi rasuah di mana dua daripada tujuh tawaran selepas 100 hari mengambil alih Putrajaya - memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh dan memerangi rasuah hingga ke akar umbi - adalah sangat-sangat jelas ke arah seperti yang disebut oleh Tuan Ibrahim itu.
Boleh kita ucapkan terima kasih awal-awal kepada Tuan Ibrahim?
Related Posts :
Update [Video K'jaan digesa tangani cadangan EU larang minyak sawit] Serbuan SPRM ke rumah pengerusi Kuil Hindu di Batu Caves merampas beberapa buah kereta mewah, berpuluh-puluh jam tangan mewah, barang-barang kemas dan cash jutaan ringgit! Rara (ADUN Ketari) bercerai talak satu. >> Berita Malay 18Khamis, 7 Mac 2019
Gambar-gambar serbuan SPRM ke rumah Tan Sri Nadarajah, pengerusi Kuil Hindu di Batu Caves merangkap orang kuat MIC-BN.… Read More...
Update [Video MCA, MIC Mula Berang Dengan Umno & Apabila ASKAR SIBER Diketepikan Terimalah Akibatnya] Hu hu hu Bodo2 Selalu! Sentimen kaum, agama bakal berulang di Rantau? >> Berita Malay 18Khamis, 7 Mac 2019
“Inilah hebatnya Presiden kami. Pemikiran jauh ke hadapan.” Kata walaunbodo
Revolusi Anak Muda Malaysia
Hu Hu Huuu! Bod… Read More...
Update Keindahan Kampung Tradisional Jepun Ini Boleh Buat Anda Teruja >> Berita Malay 18
Shirakawa-go adalah sebuah desa pergunungan yang terletak di tengah lembah pergunungan Ryohaku, dimana bersempadan dengan Wilayah Ishikawa.… Read More...
Update Menteri Kewayangan Wajar Dipecat Dan Didakwa Atas Akta Hasutan >> Berita Malay 18
Semakin hari belang rasis Menteri Kewayangan dan Setiausaha Agung DAP semakin menebal. Semalam, Lim Guan Eng menimbulkan kontroversi … Read More...
Update Hantaran 90 juta dah dapat,berapa pula mas kawinnya... >> Berita Malay 18
Kawin Muta'ah UMNO/PAS...
Pelek bin hairan UMNO dan PAS kini kawin muta'ah politik dengan harapan dapat menjaja tangkal a… Read More...