Update Tun @chedetofficial Mengaku Sekarang Ikut Syaitan DAP Setelah Mempersetankan DAP Dulu >> Berita Malay 18


'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir berkata di dalam blog beliau, chedet.cc, baca di sini bahawa beliaulah orangnya yang mempersetankan dan dipersetankan DAP suatu masa dulu. Beliau menulis,
3. Sebenarnya sayalah orangnya yang mempersetankan DAP. Dalam politik jika kita nak kalahkan musuh, kita terpaksa memburukan imej musuh. DAP adalah musuh parti saya dan saya sendiri.

4. Pendekatan saya amat berkesan walaupun saya juga dipersetankan oleh DAP.
Hari ini juga, Tun Dr Mahathir membuat pengakuan bahawa beliau terpaksa bekerjasama dengan DAP yang dipersetankan selama ini untuk melawan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan untuk menumbang kepimpinan DS Najib Tun Razak. Tulis beliau lagi, 
9. Saya mula bekerjasama dengan Kit Siang apabila beliau menyokong Deklarasi Rakyat yang bertujuan menjatuhkan Kerajaan BN pimpinan Najib. Pada ketika itulah perjuangan politik kami menjadi sama. Kedua-dua kami berpendapat menjatuhkan Najib lebih penting dari sengketa antara kami.
Apabila nafsu amarah dan tamak haloba menguasai diri, syaitan pun boleh menjadi kawan. Selamat Hari Syaitan Sedunia buat Pakatan Harapan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :