Update Tunggu Apa Lagi @SyedSaddiq ? Laporkanlah Rasuah Ini Kepada @SPRMMalaysia , Adakah Anda Betul Bernilai RM5 Juta? >> Berita Malay 18


Ketua Armada Parti Chap Bunga hari ini membuat pendedahan bersifat badut. Di dalam Sidang Medianya hari ini, beliau membuat pengakuan bahawa beliau telah disogok RM5 juta, saya ulang RM5 juta untuk meninggalkan parti hidup segan mati tak mau, Parti Chap Bunga Raya untuk melanjutkan pelajaran ke University Oxford!

Wow! Siapakah Syed Saddiq untuk memberi kesan kepada pola politik tanah air sehingga Pegawai dari Prime Minister Office (PMO) bersusah payah untuk memberi sogokan kepada beliau, bukan sedikit, RM5 juta tu, saya ulang RM5 juta!!! Agak tidak logik bagi seoarng anak muda tidak terliur dengan habuan RM5 juta (kalau betullah cerita kartun ini) untuk bersenang lenang di luar negara sambil menyambung pelajaran di salah sebuah universiti terkemuka di dunia.

Kami dengan ini mengesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memanggil Syed Saddiq untuk memberi keterangan dan memberikan bukti mengenai habuan rasuah RM5 juta yang diterima olehnya. Kita pasti Syed Saddiq mengetahui bahawa di bawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009 menyatakan kegagalan melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah boleh didakwa dan menyebabkan DENDA tidak lebih RM100,000 atau PENJARA tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Subscribe to receive free email updates: