Update Umno mungkin bertanding semua kerusi Kelantan >> Berita Malay 18

Bagaimanapun Umno terbuka untuk membincangkan pembahagian kerusi dengan PAS jika berlaku kerjasama antara 2 parti itu pada PRU akan datang.
annuar-musaKUALA LUMPUR: Umno hari ini mengumumkan mereka mungkin akan bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Umno akan meneruskan rancangan itu walaupun berlaku pertandingan 3 penjuru.
Beliau memberitahu perkara itu dan pelbagai senario pilihan raya mungkin berbangkit dibincangkan di peringkat Umno Kelantan 2 hari lepas.
“Umno mungkin akan bertanding di semua kerusi di Kelantan. Setakat hari ini,” katanya ketika ditemui FMT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Umno sedia merampas kembali Kelantan daripada PAS berikutan kemungkinan berlakunya pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya akan datang.
Annuar berkata Umno bagaimanapun terbuka untuk membincangkan pembahagian kerusi dengan PAS jika berlakunya kerjasama antara 2 parti itu pada PRU akan datang.
Namun, Annuar menegaskan perkara itu hanya boleh berlaku jika dipersetujui Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
“PAS tidak dalam BN. Pembahagian kerusi terserah pada presiden (Umno). Umno telah beri mandat pada presiden, apa-apa tentang kerjasama akan diputuskan oleh presiden Umno.
“Tetapi macam saya kata pintu perbincangan kita sudah serah pada presiden. Umno parti cukup terbuka,” katanya.
Sebelum ini, PAS menyatakan kesediaan bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen negeri itu, selepas berpisah daripada pakatan pembangkang utama negara.
Dalam 2 pilihan raya umum lepas, PAS dan PKR berkongsi kerusi di Kelantan atas nama Pakatan Rakyat. PAS menerajui kerajaan Kelantan sejak 1990.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :