Huzair Osman
“Sehingga kini kita telah berjaya mendapat sokongan dengan penubuhan begitu banyak cawangan di samping ahli Umno yang telah meninggalkan parti tersebut.
“Setakat ini majoriti dari mereka yang menyertai Parti Bersatu adalah ahli Umno yang sudah tidak yakin dengan kepimpinan Najib.
“Lebih parah lagi, ramai antara mereka adalah ahli Umno yang telah begitu lama setia kepada parti tersebut, sebaliknya terpaksa meninggalkan Umno setelah sedar pelbagai skandal dan penyelewengan kepimpinan Umno dan BN,” jelasnya.
Beliau juga berkata, Bersatu optimis dapat bersama-sama dengan PH untuk merampas sepuluh lagi kerusi Umno yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2013 yang lalu.
“Kini Umno hanya berbaki 10 kerusi Dun dan tiga lagi kerusi Parlimen iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau.
“Tidak dapat dinafikan dengan majoriti yang diperoleh sebanyak 1,539 undi oleh BN di Parlimen Balik Pulau, ia bukan suatu yang sukar untuk dirampas semula.
“Begitu juga dengan majoriti sebanyak 3,042 undi yang diterima oleh BN di Parlimen Tasek Gelugor serta 4,176 undi bagi Parlimen Kepala Batas,” ujarnya lagi.
Huzair juga berkata, gabungan mantap dalam PH kini mampu untuk menarik lebih banyak sokongan pengundi untuk menyokong PH.
Azmi Alang
“Penyertaan ahli baru dan mereka yang keluar Umno dengan menyertai Bersatu Tasek Gelugor, memberi tamparan yang hebat kepada Umno.
“BN hanya berjaya mendapat majoriti 3,042 undi semasa pilihan raya umum 2013 yang lalu dengan kerjasama Pakatan Rakyat ketika itu.
“Tapi kini sudah berbeza kerana kita mempunyai mereka yang sudah muak dengan Pas dan juga Umno di Tasek Gelugor,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>