Update [Video NEGARA TERPERANGKAP & Najib DAH TERBALIK! Bawa Duit Negara Labur kat AMERIKA!] Tergadai seluruh harta benda...dan bla bla blaaaa! Adakah Pas sendiri akhirnya terkejut sama? >> Berita Malay 18

Isnin, 2 Oktober 2017

Foto Suara Rakyat.
Setiap kali Perhimpunan Agung Umno (PAU) dilaungkan lagu “Warisan (Anak Kecil Main Api)”.. Air mata darah bercampur keringat.. Bumi dipijak milik orang ... Nenek moyang kaya-raya... Tergadai seluruh harta benda... dan bla bla blaaaa !!!..

HAKIKATNYA... demi menipu & perbodohkan rakyat...

Foto Suara Rakyat.

Bekas pegawai kanan 'sertai' PAS timbulkan kekeliruan
Di sebalik penafian kepada media, kedudukan bekas pegawai kanan kerajaan yang didakwa menyertai PAS menjadi tanda tanya ekoran laporan disiarkan Harakahdaily hari ini.
Dua pesara kerajaan itu memang tidak menjadi ahli PAS - sekali gus menjawab rasa teruja orang ramai yang diuar-uarkan dengan "pengumuman mengejutkan" oleh Nasrudin Hassan sebelum ini.
Kata Nasrudin ada kejutan akan diumumkan pada himpunan Fastaqim 2.0 di Kuala Nerus itu.
Namun selepas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menamatkan program berkenaan tengah malam tadi tiada "tokoh nasional" yang sah menjadi ahli PAS.
Bagaimanapun Malaysiakini malam tadi melaporkan Zakaria menafikan beliau menyertai politik sebaliknya hanya menyokong usaha PAS "memperjuangkan isu rasuah".
"Saya bukannya masuk politik. Mungkin ada salah faham di sini.

malaysiakini.

Meskipun sah tiada pengumuman rasmi dibuat dan tuan punya badan - bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Zakaria Jaafar dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan,  Abdul Rahim Che Daud - turut menafikan mereka menyertai Pas, portal rasmi parti tersebut tetap melaporkan sebaliknya.

Menurut laporan portal itu, himpunan Fastaqim 2.0 kali ini mencatat sejarah apabila dua bekas pegawai tinggi kerajaan berkenaan  mengambil keputusan menyertai Pas.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan ada mengumumkan akan berlaku kejutan iaitu penyertaan dua atau tiga tokoh nasional ke dalam Pas di malam kemuncak Fastaqim 2.0di Terengganu.

Bagaimanapun apabila akhirnya tiada sebarang kejutan, kecuali ramai yang hadir jadi terkejut dengan bunyi petir yang kuat, malah kedua-dua bekas pegawai kerajaan terbabit tidak menyertai Pas, sebaliknya hanya hadir di himpunan Fastaqim 2.0 sebagai tanda sedia bekerjasama dengan semua pihak dalam membanteras rasuah, nada kata Nasruddin lain pula bunyinya.

Kata beliau, ada pelbagai cara untuk seseorang itu bersama-sama dengan perjuangan Pas.

Bersama Pas tidak semestinya menjadi ahli.  Boleh saja bersama dengan maksud mendukung cita-cita perjuangan parti dan ada yang memilih untuk menjadi ahli Pas, sebagai rakan kongsi atau penyokong, ujar beliau lagi.

Pulak dah...nak ketawa pun ada dengan dalihnya kali ini.

Habis yang sebelum ini diumumkan bahawa bakal ada kejutan dengan dua tiga tokoh nasional akan menyertai Pas apa dia?
Apa kejutannya dan siapa yang terkejut? 

Adakah Pas sendirinya akhirnya terkejut sama?

Jika begitu hujah Nasruddin, bermakna tidaklah semestinya Pas perlu menjalin kerjasama secara rasmi dengan UMNO atau menjadi komponen BN baru boleh dikatakan ia mahu mempertahankan dan mengekalkan Najib Razak.

Ada pelbagai cara juga boleh dilakukan untuk menolong Najib agar terus berkuasa, dengan salah satunya ialah melalui pembentukan Gagasan Sejahtera dan menyalahkan kaum Cina dan banyak perkara, satu tindakan yang dilihat senada dengan UMNO.

Bagi Pas tak menang tak apa, kalah di dunia akan ada nantinya menang di syurga.

Yang penting asal Najib terus berkuasa, dengannya pun boleh mendapat syurga dunia juga. (ShahbudinHusin 02/10/2017)

Subscribe to receive free email updates: