Update [Video Tun M: 'Dedak' dalam hidung...mampus] Mahathir solat hajat untuk Anwar & Najib ke SPRM esok! >> Berita Malay 18

Ahad, 1 Oktober 2017

Mahathir solat hajat untuk Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Siapa yang mudah melupakan bagaimana mata kiri Anwar lebam selepas ditumbuk ketika ditahan polis.
Selepas dibicarakan Anwar dijatuhi hukuman penjara pada 1999, dan perdana menteri Malaysia ketika itu tidak lain dan tidak bukan ialah Dr Mahathir.
Ia adalah detik mencetuskan reformasi dan bagi penyokong gerakan itu, Dr Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab memenjarakan Anwar.
Malam ini Dr Mahathir - yang dipisahkan jarak kira-kira 50 kilometer dengan Anwar - berdiri bersama orang ramai mengadakan sembahyang hajat mendoakan pembebasan bekas ketua pembangkang tersebut dan menyelamatkan Malaysia.
Dr Mahathir hadir bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bandar Baru Bangi, manakala Anwar masih terpenjara di Sungai Buloh.
image: http://ift.tt/2xQVGM8
Selepas solat Isyak Dr Mahathir turut berpeluang memberikan 'tazkirah' kepada orang ramai yang memenuhi dewan sembahyang di majlis anjuran Akademi Ulum Munawwarah itu.
Pada usia 92 tahun bekas presiden Umno selama 22 tahun itu menghabiskan masa kira-kira 40 minit memberikan ucapannya.
Kata Dr Mahathir untuk membebaskan Anwar orang ramai tentu tidak boleh menyerbu Penjara Sungai Buloh. Sebaliknya kata beliau apa yang boleh dilakukan ialah menukar kerajaan sedia ada melalui pilihan raya.
"Kalau kita tukar kerajaan, kerajaan (yang baru) boleh ambil tindakan untuk membebaskan Anwar," katanya.
Kini menjadi salah satu watak terpenting dalam gerakan pembangkang Dr Mahathir kemudian mengkritik Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya melakukan pelbagai salah laku.
Untuk mengubah kerajaan katanya ia tidak boleh dilakukan dengan hanya berdoa.
Justeru kata Dr Mahathir penyokong pembangkang mesti bersatu padu dan berusaha.
"Setiap yang kita minta daripada Allah, kita kena usaha (untuk dapatkan).
"Kalau nak tunggu ia datang bergolek, datang melayang - itu memang tidak akan berlaku. Kita kena usaha," katanya.
Sebelum itu Dr Wan Azizah serta Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara Abdul Ghani Shamsuddin turut menyampaikan sedikit ucapan.
Malaysiakini.
Image result for Gambar najib

Najib ke SPRM esok

Datuk Seri Najib Razak dijadual muncul di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok.
Bagaimanapun kemunculan itu tidak ada sebarang kaitan dengan dakwaan salah laku atau siasatan yang dibuat ke atas beliau, sebaliknya bertujuan untuk merasmikan bangunan baru agensi antirasuah berkenaan.
Perasmian itu juga dibuat sempena ulang tahun ke-50 SPRM yang sebelum ini pernah dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Bangunan baru SPRM yang terletak di Precinct 7 Putrajaya itu bakal menjadi mercu tanda terkini di pusat pentadbiran negara.
Kemunculan perdana menteri itu juga berlaku ketika Pejabat Peguam Negara belum lagi menerima kertas siasatan daripada SPRM yang menyiasat dana dari SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta yang kemudian didapati berada dalam akaun persendirian beliau.
Najib juga diserang pengkritiknya berhubung dakwaan salah laku dana bernilai RM2.6 bilion dalam akaunnya.
Jabatan Keadilan AS sebelum ini sudah mengemukakan saman sivil di negara terbabit untuk merampas semula pelbagai aset yang didakwa diperolehi secara salah menggunakan dana 1MDB.
SPRM sudah menjalankan siasatan mengenai dana RM2.6 bilion serta RM42 juta itu. Kertas siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
Pada 26 Januari 2016 Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan tiada asas untuk mengambil tindakan ke atas Najib berdasarkan kertas siasatan dikemukakan SPRM.
Namun 16 bulan kemudian - atau pada April tahun ini - Apandi memberitahu kenyataan beliau bahawa status NFA (no further action atau tiada tindakan lanjut) bukan bermakna kes terbabit ditutup.
Justeru beliau mengarahkan SPRM untuk memuktamadkan siasatan berkenaan yang dianggap "sudah agak lama".
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: