Update Video untuk halang SPRM siasat kes rasuah, sembang Puad Zarkashi >> Berita Malay 18

Cerita yang mengaitkan seorang pegawai kanan SRPM cubaan untuk menggunakan persepsi rakyat bagi menghalang siasatan kes rasuah, kata ketua pengarah Jasa.
puad-vid-macc
KUALA LUMPUR: Video 3 minit yang memaparkan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa terlibat dalam satu hubungan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengeruni kempen agresif melawan rasuah, kata Datuk Puad Zarkashi.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas di Jabatan Perdana Menteri itu berkata video itu taktik memeras ugut pegawai itu.
“Saya mengecam mereka yang cuba memfitnah pegawai SPRM itu dengan cerita sensasi itu. Ia dilakukan dengan niat untuk memeras ugut SPRM supaya tidak mengambil tindakan tegas dalam melawan rasuah membabitkan tokoh politik tertentu,” kata Puad lapor New Straits Times.
 Puad berharap SPRM tidak akan tunduk pada taktik kotor itu.
“Saya harap SPRM tidak akan berkompromi dengan taktik sebegitu. Ada pihak tertentu yang tertekan kerana ketegasan SPRM melawan rasuah tanpa mengira pangkat atau jawatan.
“Melalui penyebaran kisah fitnah itu, mereka harap SPRM akan pertimbangkan semula siasatan kes tertentu,” katanya, dan menambah orang ramai akan terus menyokong suruhanjaya itu.
Puad berkata pihak itu cuba menggunakan persepsi rakyat dengan menyebarkan kisah palsu itu dalam usaha menghalang siasatan suruhanjaya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :