Majistret hari ini menolak permohonan lanjutan reman 3 hari yang dikemukakan polis.

KUALA LUMPUR: Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin dibebaskan hari ini, selepas majistret menolak permohonan lanjutan reman 3 hari yang dikemukakan polis, kata peguamnya, Zulhazmi Shariff.
“Mereka meminta lanjutan 3 hari yang saya bantah dan majistret kemudian menolak permohonan mereka,” katanya sambil menambah tiada alasan untuk polis menahan Wan Ji memandangkan siasatan sudah selesai.
Semalam, majistret membenarkan lanjutan reman 2 hari ke atas Wan Ji bagi melengkapkan siasatan polis di bawah Akta Akta Hasutan berhubung sebuah rakaman video di YouTube.
Wan Ji ditahan sejurus menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang, Jumaat lalu.
Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata, Wan Ji ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan bagi membantu siasatan ke atas video tular yang didakwa menghina “Tuanku”.
Katanya, polis bertindak berdasarkan laporan polis yang diterima beberapa hari lalu ke atas ketua exco agama Pemuda PKR itu.
Penahanan Wan Ji berlaku beberapa hari selepas penceramah agama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang direman 3 hari di bawah Akta Hasutan, memuat naik gambar Wan Ji dengan ayat “Wan Ji mahu sistem raja dihapuskan”.
Kelmarin, Bernama melaporkan jawatankuasa Surau Mohd Al-Fateh di Taman Pauh Jaya baru-baru ini membuat laporan polis terhadap Wan Ji yang didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya. Satu lagi laporan polis dibuat di Kuala Lumpur.
Wan Ji pernah didakwa di mahkamah pada 2014 atas dakwaan membuat kenyataan berbaur hasutan kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui Facebook.
FMT
Related Posts :
Update @mohdshafieapdal Hina Anggota @RelaMalaysia Sebagai Penjaga Trafik Semasa Kenduri >> Berita Malay 18
Presiden Parti Warisan Sabah yang juga merupakan Ahli Parlimen Semporna, DS Mohd Shafie Apdal membuat penghinaan ke atas hampir 3.05 juta… Read More...
Update [Video Selepas KWSP, 1MDB, FELDA, Kini Najib UMNO Curi Duit Bank Negara] ANAK, PH masuk Felda Chuping selepas disekat masuk Mata Air. >> Berita Malay 18Selasa, 16 Januari 2018
Anak, PH masuk Felda Chuping selepas disekat masuk Mata Air
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) ber… Read More...
Update Tiada Tanah Felda Di Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) Terlepas Tangan >> Berita Malay 18
Di dalam Sidang Media berkaitan isu tanah Felda yang dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), perkara-perkara berikut telah… Read More...
Update Santapan Pagi - Skandal-Skandal Kerajaan DAP Pulau Pinang Dari Tahun 2008 – 2018 >> Berita Malay 18
Hasil kecemerlangan dan kejayaan slogan Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT) Rejim DAP Pulau Pinang, berikut adalah senarai kejay… Read More...
Update [Video Pendedahan Mazlan Aliman Felda Milik Siapa & FELDA dapat balik tanah] ADA YANG KENA dengan Felda ni atau Sandiwara apa pula kali ini agaknya? >> Berita Malay 18Selasa, 16 Januari 2018
ADA YANG KENA ATAU SANDIWARA?
Felda dilaporkan telah mendapat kembali tanahnya yang sebelum ini dipindah-m… Read More...