Seramai 11 ahli Parlimen PAS tidak mengundi.
Ia diluluskan dengan sokongan 107 ahli Parlimen, 59 undi bantah dan 11 lagi tidak mengundi.
“Keputusan belah bahagi adalah seperti berikut, yang tidak mengundi 11 orang, yang tidak bersetuju untuk Rang Undang-undang dibacakan kali ke-2 59 orang.
“Yang bersetuju untuk Rang Undang-Undang ini dibacakan buat kali KE-2 seramai 107 orang,” kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
“Dua ahli Parlimen tidak hadir, iaitu Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan seorang lagi Dungun (Wan Hassan Mohd Ramli),” katanya ketika dihubungi FMT.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu berkata, RM234.25 bilion daripada RM280.25 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Ia tidak termasuk simpanan luar dianggarkan berjumlah RM2 bilion.
“Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak RM79.15 bilion adalah untuk emolumen dan RM33.62 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.”