Update 2 lagi dilarang Singapura kerana pecah amanah berkaitan 1MDB >> Berita Malay 18

 | November 1, 2017
Penguasa Kewangan Singapura mengeluarkan perintah larangan 6 tahun ke atas Kelvin Ang, bekas ahli perniagaan dan bekas penganalisis kajian Lee Chee Waiy.
1mdb-singapore-3SINGAPURA: Dalam usaha menggilap imejnya daripada skandal 1MDB, Singapura melarang 2 lagi individu atas pecah amanah berkaitan skandal itu.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengeluarkan perintah larangan 6 tahun ke atas Kelvin Ang, bekas ahli perniagaan dan bekas penganalisis kajian Lee Chee Waiy, menurut satu kenyataan emel hari ini.

Ekoran itu, jumlah orang yang dilarang MAS daripada industri kewangannya atas hal berkaitan 1MDB meningkat kepada 6 orang.

Ang yang dulunya bekerja untuk Maybank Kim Eng Securities Pte, didenda S$9,000 (RM27,974) pada Mei lalu selepas mengakui membuat pembayaran korup kepada Lee yang bekerja di NRA Capital Pte untuk mempercepat persiapan satu laporan penilaian.

MAS juga mahu melarang Yeo Jia Wei yang juga seorang bekas perancang kewangan dengan bank Swiss BSI SA buat selama-lamanya.
Yeo dihukum pada Julai sehingga 54 bulan dalam penjara atas tuduhan termasuk pelaburan wang haram dan menipu bekas majikan.

Singapura mengambil langkah melindungi reputasinya dalam kekecohan kes pengubahan wang haram paling besar disiasat dalam sejarahnya. Singapura menutup 2 cawangan tempatan bank Swiss, merampas beratus juta aset dan mensabit 5 orang atas kesalahan berkaitan 1MDB.

Pada Mac lalu, MAS melarang bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc Tim Leissner daripada industri sekuriti untuk 10 tahun selepas mengatakan beliau mengeluarkan surat tanpa kebenaran dan membuat kenyataan palsu bagi pihak bank Amerika Syarikat.

“MAS mahu golongan profesional dalam industri perkhidmatan kewangan mendokong integriti standard tinggi dan perlakuan yang betul,” kata Ong Chong Tee, timbalan pengarah pengurusan bahagian seliaan kewangan.

“Mereka yang tidak mencapai standard ini akan diambil tindakan tegas, untuk melindungi kepercayaan awam terhadap institusi kewangan kita dan reputasi Singapura sebagai pusat kewangan yang bersih.”
FMT

Subscribe to receive free email updates: