Pergolakan politik di Arab Saudi kini menyaksikan sekurang-kurangnya 11 putera diraja, 4 menteri dan 10 bekas menteri ditahan oleh pihak berkuasa negara itu.
Penahanan itu dipercayai untuk mengukuhkan kuasa Putera Mahkota, Mohammed bin Salman yang sedang dipersiapkan sebagai pengganti bapanya, Raja Salman yang sedang memerintah Arab Saudi.
Beberapa jam sebelum penahanan itu, Raja Salman mengisytiharkan pembentukan sebuah jawatankuasa anti rasuah yang diketuai oleh anaknya, Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang diberi kuasa untuk menyiasat, menahan, melarang perjalanan dan membekukan aset-aset sesiapa yang didakwa melakukan korupsi.
Kesemua mereka sedang ditahan itu akan disiadat berkaitan rasuah, penggubahan wang haram, menggelapkan wang negara dan terdedah kepada kemungkinan kekayaan mereka dirampas
Selain Putera Al-Waleed bin Talal, pelabur terkenal antarabangsa yang turut ditahan, putera diraja lain yang tangkap ialah Putera Turki bin Abdullah, bekas Gabenor Riyadh yang merupakan pengasas bersama syarikat PetroSaudi.
PetroSaudi adalah syarikat yang mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB dan Putera Turki adalah kenalan kepada Jho Low.
Putera Turki bersama Jho Low diketahui pernah bersiar-siar menaiki kapal persiaran mewah, Tatoosh bersama Najib dan keluarganya pada 2009 dahulu di mana gambar percutian mereka telah tersebar dengan meluasnya.
Dalam skandal 1MDB yang menjadi sebutan dunia dan berdasarkan siasatan DOJ ada kaitan dengan kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadi Najib, nama Putera Turki pernah dikaitkan dengan hal tersebut.
Sementara DOJ memperincikan wang RM2,600 juta itu berpunca daripada dana 1MDB yang diselewengkan, Najib sebaliknya mengatakan wang yang diterimanya adalah derma daripada kerabat diraja Arab Saudi dan Zahid Hamidi pula mengakui telah bertemu dengan pewaris keluarga diraja tersebut.
Peguam Negara, Apandi Ali ketika membersihkan nama Najib pula telah mendedahkan penderma sebenar dana RM2,600 juta itu ialah salah seorang putera kepada Almarhum Raja Abdullah yang mangkat pada Januari 2015 lalu.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video GELOMBANG RAKYAT SABAH~Warisan Memperjuangkan Nasib Rakyat Miskin Menentang Kezaliman] Mansuh bayaran tol EDL tidak legakan rakyat Johor (hanya menguntungkan rakyat Singapura). >> Berita Malay 18Isnin, 30 Oktober 2017
Parti Warisan Sabah president Shafie Apdal arrives at the Kota Kinabalu court at
11.30am today - The Ma… Read More...
Update HARAPAN bawa ROS ke mahkamah jika enggan respon permohonan pendaftaran >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR, 30 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) mempertimbang untuk membawa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah ekoran kegag… Read More...
Update [Video Tun M ulas Bajet 2018 Najib hanyalah Fantasi & KWSP akan labur USD3-4bilion untuk membangunkan semula infrastruktur Amerika] Najib 'Bodek Trump' dengan janji berbilion, supaya mudah berkira dengan Amerika. >> Berita Malay 18Isnin, 30 Oktober 2017
Dalam salah satu wawancara bersama editor Globe Cartoon, Patrick Chappatte, beliau menyebut tentang lukisan kar… Read More...
Update [Video Najib gagal tingkat ekonomi rakyat] ‘Dia (Najib) kelentong kita, kaburi mata untuk pancing undi’ & Ekonomi telah merudum 2016, ramai jadi penganggur! >> Berita Malay 18Isnin, 3o Oktober 2017
Ekonomi telah merudum 2016, lebih ramai jadi penganggur.
berfikir.... mencari hakikat kebenaran - blogger
‘Dia ke… Read More...
Update Lambang BN semasa pembentangan bajet. Siapa dalang? >> Berita Malay 18
MP Batu Kawa Kasthuri Patto mempersoalkan siapakah dalang di sebalik bendera BN di dalam dewan sewaktu pembentangan bajet 2018 pada ju… Read More...