Update ANTARA CERITA KEJAYAAN NAJIB YANG WAJIB DIKONGSI DAN DIBANGGAI >> Berita Malay 18

Barangkali kita boleh bersetuju dengan saranan Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa yang mahu cerita-cerita kejayaan Najib Razak dalam memacu kemajuan negara dihebahkan kepada orangramai.

Katanya, jentera penerangan UMNO tidak harus "malu alah" untuk berbuat demikian, di sebalik ada percubaan untuk menenggelamkan kejayaan yang dilakar oleh Perdana Menteri selama ini.

Cerita-cerita kejayaan Najib, sebahagiannya memang luar biasa dan tidak mampu dilakukan oleh Perdana Menteri sebelumnya.

Sekadar membina lebuhraya, bangunan tinggi, MRT dan sebagainya, itu sebenarnya bukanlah luar biasa. Ia hanya biasa-biasa, malah pemimpin di Afrika pun ramai yang mampu melaksanakannya.

Sebagai bantuan ikhlas kepada jentera UMNO, di bawah ini adalah antara maklumat tambahan berkenaan cerita-cerita kejayaan luar biasa Najib yang tidak mampu dilakukan oleh pemimpin lain yang tidak harus "malu alah" dihebahkan dengan meluas kepada rakyat.

- menubuhkan 1MDB yang akhirnya menjadikan seorang rakyat Malaysia, Jho Low muncul sebagai bilionaire dengan segera.

- menjadikan dirinya sendiri juga seorang bilionaire melalui "derma"  Pak Arab sebanyak RM2,600 juta yang masuk terus ke akuan bank peribadinya.

- menjadikan anak tirinya, Riza Aziz sebagai penerbit filem segera di Hollywood dengan kemampuan menerima hadiah wang berjuta-juta, juga daripada Pak Arab, sedangkan ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri, anak tirinya itu belum lagi menjadi apa-apa. 
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :