Update Aplikasi MeterOn Kini Diperluaskan Kepada Perkhidmatan Bas >> Berita Malay 18




Penumpang bas kini boleh memuat turun aplikasi MeterOn bagi telefon pintar iOS dan Android untuk membolehkan mereka menyemak status syarikat bas ekspres atau terus melapor sebarang kesalahan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

SPAD menggalakkan pengguna perkhidmatan bas membuat laporan pelanggaran undang-undang melibatkan pengusaha bas dan pemandu melalui aplikasi MeterOn dalam telefon pintar.

Ketua Pegawai Operasi SPAD, Puan Qamar Wan Noor berkata penumpang bas ekspres serta bas-bas berdaftar di bawah SPAD kini boleh menggunakan aplikasi MeterOn untuk membuat aduan terus kepada SPAD.



Menurutnya aplikasi yang diperkenalkan sejak April 2015 itu sebelum ini hanya melibatkan penumpang teksi untuk mereka membuat aduan.

Suruhanjaya kata Puan Qamar tidak teragak-agak mengenakan tindakan undang-undang kepada pengendali bas dan teksi yang didapati cuai dalam pengurusan operasi.

Subscribe to receive free email updates: