Cara pembelaan Hadi terhadap Najib pula bukanlah main-main, malah mengaitkan tuduhan seperti itu sebagai mencerminkan pemikiran orientalis Barat, walaupun beliau juga pernah menuduh orang lain sebagai kafir, taghut, politik suku agama suku dan macam-macam lagi.
Nampaknya demi untuk menunjukkan pembelaannya terhadap Najib, Hadi sanggup menelan perlakuan dan tingkah lakunya yang lama dahulu, meskipun perkara itu masih lagi diingati oleh kebanyakan orang.
Tentulah hanya kerana nak menunjukkan pembelaan kepada kawan baik sendiri, maka Hadi sanggup berbuat sampai begitu sekali.
Tetapi, dalam masa yang sama, Hadi dan kumpulan ulama yang dianggotainya telah dituduh oleh Arab Saudi terlibat dalam keganasan antarabangsa.
Diberitakan juga, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamad Salman akan melawat negara ini tahun depan untuk merasmikan tapak bangunan Pusat Keamanan Raja Salman tersebut.
Bagaimana tapak pusat itu mahu dirasmikan dan seterusnya beroperasi dengan baik dan cemerlang sedangkan individu yang dikaitkan dengan keganasan oleh Arab Saudi sendiri turut berada di Malaysia?
Adakah Hadi akan disiasat oleh PDRM demi untuk Najib menunjukkan kepada Arab Saudi dan Raja Salman bahawa Malaysia juga serius menangani keganasan?
Jika tidak berbuat apa-apa terhadap Hadi, tidakkah Raja Salman nanti akan berkecil hati?
Bagaimana pula pembelaan Najib kepada Hadi, walhal kawan baiknya itu telah lebih dulu membelanya berhubung isu lanun Bugis?
Apa pilihan Najib?