BEKAS duta Yeop Adlan Che Rose meninggalkan PAS untuk menyertai DAP kerana menyakini pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang.
Yeop merupakan bekas duta Malaysia ke Mexico, Brazil, Argentina dan beberapa negara Afrika.
Yeop pernah mewakili PAS sebagai calon Parlimen Hulu Langat pada 2004 dan pernah bersama jawatankuasa Lajnah Antarabangsa parti Islam itu.
Yeop kemudiannya dipinjamkan ke PKR dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin sewaktu rombakan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu pada April 2009.
“Nak dikatakan (kerajaan negeri Pulau Pinang) anti Melayu? Itu Jabatan Islam (negeri) dia bagi RM14 juta setahun,” kata Yeop dalam
wawancara bersama Roketkini.com hari ini, ketika ditanya apa yang menarik minatnya menyertai parti yang dilabel anti-Melayu dan Islam itu.
Yeop berkata beliau percaya orang Melayu akan dapat mencapai kemajuan dalam sebuah negara yang ditadbir seperti Pulau Pinang.
Dengan hampir 30 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam, Yeop berkata kadar hutang Pulau Pinang yang turun daripada RM680 juta kepada RM66 juta menunjukkan kecekapan kerajaan yang diterajui DAP menguruskan ekonomi.
“Tutup bocor, tak ada tiris, tender terbuka. Dia belanja tapi dengan baik,” kata Yeop, yang turut kagum dengan kebersihan persekitaran di Pulau Pinang.
“Lima puluh tahun dipegang oleh Barisan Nasional (BN), apa dia buat? Tak ada perancangan, kelam kabut, sesak…terutamanya tempat makan dengan tikusnya, kotor, masyhur dengan bau sampah.
“Ambil dua penggal sahaja, tengok, sudah bersih.”
Keluarga Yeop tidak asing dengan DAP.
Bapanya pernah menjadi calon mewakili DAP di kerusi Alor Pongsu pada Pilihan Raya 1974.
Yeop berkata, beliau menyertai PAS sebelum ini kerana memikirkan kedudukan orang Melayu.
Selain itu beliau tidak berpuas hati dengan cerita mengenai rasuah dalam kerajaan dan ketidakpedulian parti politik terhadap nasib orang Melayu.
“Jadi kita memikirkan mungkin mencari jalan melalui perjuangan PAS, tapi sepertimana yang kita tahu, lama-kelamaan PAS tidak boleh buat juga,” kata Yeop.
Related Posts :
Update Lebai ni dah kenapa? Yang pertikaikan pasal biasiswa Palestin itu adalah sekutu PAS, MCA & UMNO, Tetapi DAP juga yang disalahkannya tu, kenapa? 'Bonus raya' Peneroka Felda pegawai k'jaan ke? [Video >> Berita Malay 18Selasa, 28 Mei 2019
FAKTA.. Semenjak PAS berkahwin dgn UMNO, amalan memfitnah dlm PAS sudah menjadi makanan ruji seharian merek… Read More...
Update Cantik bahasa walaun2..Dia tulis bayar zakat ka infaq? Felda tak dapat duit raya, pasai apa menteri PH kena kecam? Duit Felda RM2.5 billion tahun 2011 tinggal RM400 juta pada 2017, HABIS dijarah UmnoBN [Video PESTA IFTAR TIADA KAITAN DENGAN KAMI, KATA AMK SELANGOR] >> Berita Malay 18Selasa, 28 Mei 2019
Adakah ini dibenarkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang?
Kami Viral
دوت- Dia tulis bayar zakat ka infaq?
Azam- … Read More...
Update Fakta bukan auta! Angka RM42 bilion pertuduhan Najib tu korek dari longkang mana? Menteri: AG wakil kementerian, bomba, peranan peguam tak perlu [Video Dr M ulas kenyataan Daim isu mansuhkan tol] >> Berita Malay 18Selasa, 21 Mei 2019
Kalau nak perbodohkan & kelirukan rakyat biarlah cerdik sikit, guna data fakta sebenar BUKANNYA AUTA.. Tak kanlah … Read More...
Update 'Isu Adib' Lawyer UMNO, semakin melampau dengan sikap perkaumannya! Keluarga Adib tuntut penjelasan penarikan diri peguam [Video PAS TERSALAH SERANG SEKUTU SENDIRI?] >> Berita Malay 18Selasa, 28 Mei 2019
Jom Channel
1. PADAH ANJUR PROGRAM PARTI DALAM MASJID DAN SURAU 2. MCA MAIN ISU PERKAUMAN BIASISWA PALESTIN 3. SELESAI … Read More...
Update Bapak2 jerung melayu tu ada yg cakap dia belum dijatuhkan hukuman bersalah..tunggu jelah! Siapa yang memang 'BENAK' ni walaun [Video BIARKAN NAJIB KETAWA PUAS PUAS] >> Berita Malay 18Selasa, 28 Mei 2019
Pakatan Harapan Supporters
Hahaha..hidup jerung-jerung melayu...eh ada cinalah..ada indialah barulah dikatakan 1malays… Read More...