Blog pembangkang dan media sosial pro pembangkang sejak semalam giat menyebarkan Borang Pendaftaran Khas Kad Pengenalan palsu untuk memburukkan Kerajaan.
Fitnah yang dibuat antaranya dipetik darioada blog Milo Suam adalah, "Apa yang menarik perhatian orang ramai di media sosial terhadap borang berwarna putih itu ialah — terdapat catatan berbentuk ikrar atau aku janji untuk mengundi BN di bahagian bawahnya."
Jabatan Pendaftaran Malaysia di dalam laman sosial Facebook rasmi mereka menafikan perkara berkenaan. Kenyataan Jabatan berkenaan menyebut, "PENAFIAN. Dimaklumkan bahawa dokumen yang disebar seperti di bawah adalah PALSU dan dokumen tersebut TIDAK dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."
Nampaknya pembangkang semakin terdesak membuat isu yang tidak masuk akal untuk memfitnah Kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.