Saya pernah menulis bahawa Azmin Ali adalah Menteri Besar yang paling keliru dalam dunia. Tidak pasti kekeliruan ini disebabkan oleh sikap bodoh-bodoh alang beliau atau beliau sengaja menipu.
Bayaran 2 bulan gaji yang dilakukan pada 21/06/2017 dinamakan sebagai Bantuan Khas Aidilfitri. Azmin Ali pada masa itu siap perli Putrajaya kerana memberi Bantuan Khas Aidil Fitri sebanyak RM300.
Keajaiban berlaku. Di dalam pembentangan Bajet 2018 semalam, 03/11/2017, dengan tidak semena-mena bantuan pada 21 Jun tersebut telah menjadi Bonus 2018. Azmin Ali umum kononnya bonus 2018 adalah 3 bulan. Satu bulan lagi akan dibayar pada 21/12/2017.
Azmin Ali bentang Bajet 2018 tetapi perbelanjaan tahun 2017. Kenapa asal duduk dalam Pakatan jadi bodoh dan biol. Agaknya sumpahan kot?
Pada 13/06/2017, dalam ucapan di hadapan guru KAFA / Sekolah Agama, Azmin Ali berkata,
Rizab Kerajaan Terlalu Banyak, Saya Tak Tahu Nak Buat Apa.
Maka bersoraklah di bawah pentas bonus 3 bulan ... 4 Bulan ... Rizab negeri terlalu banyak dan Azmin Ali tidak tahu buat apa?
Tahukah macai-macai semua Bajet 2018 semalam adalah Bajet Defisit RM870 juta? Ini adalah kali keempat Kerajaan Negeri Selangor membentangkan bajet defisit sejak PKR mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.
Hasil Kerajaan Negeri Selangor pada 2018 dianggarkan sebanyak RM2.25 billion manakala Perbelanjaan pula dianggarkan berjumlah RM3.12 billion; memberikan defisit yang sangat besar, iaitu RM870 juta.
Lebih 75% pendapatan atau Hasil Kerajaan Negeri Selangor adalah berpunca dari perkara-perkara berkaitan tanah seperti premium tanah (pemberian milik dan tukar syarat tanah) serta Cukai Tanah.
Azmin Ali pun seperti Joseph Lim Guan Eng juga yang bergantung penuh kepada Hasil (pendapatan) dari urusan tanah untuk mentadbir negeri. Rakyat Selangor berhutang RM28 setiap RM100 yang dibelanjakan dalam Bajet 2018 Selangor,.
Berbanding Bajet Kerajaan Pusat setiap RM100 yang dibelanja ibu segala Bajet itu hanyalah RM14 dari RM100. Persoalannya Azmin cuba tipu siapa? Untuk tipu macai Pakatan Harapn tidak perlu. Mereka sememangnya bodoh.