Kenyataan yang dikeluarkannya pada perhimpunan anti-kleptokrasi pada 14 Oktober itu hanya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tidak menyentuh mana-mana komuniti Bugis termasuk Naib Presiden Indonesia Jusof Kalla.
Bekas perdana menteri sekali lagi menegaskan, kenyataan yang dikeluarkannya pada perhimpunan anti-kleptokrasi pada 14 Oktober itu hanya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tidak menyentuh mana-mana komuniti Bugis, termasuk Naib Presiden Indonesia Jusof Kalla.
“Polis punya kerja. Polis memang akan buka kertas siasatan. Kalau dipanggil saya memang kena pergilah,” katanya kepada pemberita selepas program bual bicaranya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.
“Saya tak kata apa pun kepada Jusof Kalla atau semua orang Bugis. Saya kata Najib sahaja. Saya tak kata apa kepada Jusof Kalla,” kata Dr Mahathir lagi.
Semalam, Jusof melahirkan terkejut apabila ceramah Dr Mahathir diselitkan dengan kenyataan yang didakwa menghina orang berketurunan Bugis.
“Pertama, sebagai orang Bugis, saya membantah. Maka, Mahathir harus minta maaf. Kerana orang Bugis itu bukan hanya ada di Sulawesi Selatan, tapi di seluruh Indonesia, bahkan di Malaysia,” kata Jusuf lapor agensi berita Antara.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisoner Fadzil Ahmat sebelum ini berkata, pihak polis membuka 2 kertas siasatan terhadap Dr Mahathir dan siasatan terperinci sedang dijalankan.
Dr Mahathir semasa berucap dalam perhimpunan anjuran Pakatan Harapan itu dilaporkan berkata Najib mungkin berasal daripada “lanun Bugis” yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke tanah Bugis.
Read More / Baca Lagi >>