Kalau tidak memfitnah bukan pembangkang namanya. Pembangkang sejak dua hari lepas menyebarkan gambar Menteri Pelajaran, DS Mahdzir Khalid yang berjalan di atas meja yang disusun di sebuah sekolah di Seberang Prai Utara, kononnya kerana takut meredah air banjir dan takut kasutnya basah. Perbuatan beliau turut dibandingkan dengan gambar pembesar dan kenamaan lain yang sedang meredah banjir.
Apa yang berlaku sebenarnya adalah initiatif guru-guru di sekolah berkenaan yang menyusun meja-meja untuk kemudahan pelajar-pelajar ke dewan peperiksaan bagi mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab, DS Mahdzir Khalid terlebih dahulu memeriksa meja-meja berkenaan agar ianya kukuh dan selamat untuk kegunaan pelajar-pelajar berkenaan.
Untuk memuaskan hati macai-macai pembangkang, CTS sertakan video di bawah yang mana Menteri Pelajaran dengan selamba meredah banjir semasa lawatan beliau ke sekolah-sekolah.