|
Peguam PAS dengan dokumen Saman Terhadap Sarawak Report |
"
"Pengarang portal berita Sarawak Report itu mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada Najib. Abdul Hadi menafikan tuduhan itu dan menuntut supaya Clare Brown memohon maaf. Apabila Clare Brown enggan, Abdul Hadi mengemukakan saman fitnah terhadapnya.
Kekayaan dan gaya hidup mewah bapak-bapak kepala PAS hasil “sedekah” Najib itu disenaraikan dengan panjang lebar oleh Clare Brown dalam kenyataan pembelaannya.
Bagi pihaknya pula, setelah membisu sekian lama, Najib, pada hari Sabtu (4 November), memecah kesunyian dengan membuat kenyataan “mana de?” bagi menafikan dakwaan Clare Brown itu.
“Mana ada saya buat, sebab Clare pun dah gelabah sekarang,” katanya dalam satu perhimpunan Umno di ibu negara.
Hadi Buka Pintu Kuala
Tidak kurang menarik ialah saman Abdul Hadi itu memberi peluang kepada Clare Brown menceritakan dengan panjang lebar kepada Mahkamah Inggeris asal usul 1MDB dan skandal yang melandanya.
Malah kisah pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu pun turut dinukilkannya.
Begitu teliti dan panjang lebar hujah balas Clare Brown itu sehingga nama Ahmad Maslan 3.8, Ahmad Bashah (lena) Hanipah dan ramai lagi penyokong tegar Najib pun dibabitkan sama.
Hendak mudahkan cerita, sekiranya ada pembahas dan pelawat yang berminat dan ada masa bolehlah cuba baca dokumen Clare Brown itu DI SINI.
Apa pun saya tabik spring kepada Tuan Guru kerana mengotakan apa yang dia kata. Dia kemukakan saman ke atas Clare Brown dan Sarawak Report – tidak macam Pahlawan Bugis Najib yang ancam saman Wall Street Journal sudah lebih 120 Selasa tapi tidak buat apa-apa.
Jelaslah Abdul Hadi lebih jantan daripada Najib tapi saya tidak berani kata siapa lebih cerdik.
|
Abdul Hadi lebih berani daripada Najib |
Tapi ada percubaan oleh PAS bagi menakutkan media massa dan peserta media sosial dengan ancaman akan saman sesiapa yang siarkan hujah Clare Brown itu.
Tak tahulah sama ada PAS tak tahu atau sekadar gempar. Kalau PAS parti yang alim (berilmu), ia tentu tahu bahawa segala-gala yang berlaku dalam mahkamah boleh dilaporkan melainkan ditegah oleh hakim perbicaraan.
Malah wartawan yang buat liputan mendapat keistimewaan bersyarat (qualified privilege) daripada mahkamah macam juga apabila mereka membuat laporan sidang Parlimen.
Tapi saya fahamlah percubaan menakut-nakutkan itu sebab apa yang didedahkan oleh Clare Brown dalam pembelaannya sangatlah mengejutkan kerana nampaknya ramai ketua PAS kaya dan mengamalkan gaya hidup mewah yang luar biasa.
Orang PAS yang hidup susah dan terpaksa pula menggali kocek menderma kepada parti tentulah tertanya-tanya daripada mana ketua-ketua mereka dapat duit begitu banyak untuk hidup sedemikian mewah.
Read More / Baca Lagi >>