Update Dewan Rakyat lulus Bajet Kleptokrasi tanpa pindaan >> Berita Malay 18

RUU Perbekalan 2018 dibahaskan selama 18 hari pada peringkat dasar dan peringkat jawatankuasa sejak 30 Oktober.
bajet-2018-dewan-rakyat
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 diluluskan Dewan Rakyat malam ini selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.
Ia diluluskan tanpa sebarang pindaan dan keputusan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee pada pukul 8.44 malam.
Terdahulu, RUU Perbekalan 2018 dibentangkan untuk bacaan ke-3 oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani dan disokong oleh Datuk Hamim Samuri (BN-Ledang).
RUU Perbekalan 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober lepas dibahaskan selama 18 hari pada peringkat dasar dan peringkat jawatankuasa sejak 30 Oktober.
Ia memperuntukkan sejumlah RM280.25 bilion sebagai perbelanjaan kerajaan pada 2018.

Subscribe to receive free email updates: