Ketika ramai tersentak dan rasa geram apabila Datuk Seri Najib Razak melafazkan kata-kata "kepala bapak kau" di depan perwakilan MCA di Kuala Lumpur semalam, apa yang mereka tidak sedar ialah betapa liciknya perdana menteri berbahasa santun dalam menyampaikan pesanannya.
Sekali dengar ia memang agak kasar, namun terselindung di sebalik kata-kata itulah terpancar kelincahan minda seorang perdana menteri yang kita sanjungi.
Melihat dari jauh kita yakin Najib tidaklah marah - walaupun beliau ada menyatakan kemarahannya sedikit. Sebaliknya perdana menteri mengungkapkan kata-kata itu dengan wajah jernih dan senyum simpul yang menggoda.
Selain seorang tokoh yang disegani - termasuk oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump - beliau juga watak penting yang menggerakkan inisiatif wasatiyyah yang mengutamakan keseimbangan dan kesederhanaan.
Najib ialah seorang presiden parti dan pengerusi BN. Pada kebanyakan masa, waktunya terisi dengan serangan demi serangan pembangkang yang menggunakan maklumat-maklumat palsu. Justeru tidak salah sama sekali untuk beliau berasa marah.
Dan kemarahan itu ternyata sangat sederhana. Berbahasa tegas sambil tersenyum. Tidak ramai tokoh politik yang mampu berbuat begitu pada zaman moden ini.
Tidak banyak yang faham bahawa Najib sebenarnya memanfaatkan seni bahasa Melayu yang kaya dengan bidalan, peribahasa, perumpamaan, tamsil dan pepatah.
Tadah kitab tadah telinga
Ia barangkali natiijah daripada hubungan politik matang beliau dengan PAS yang menggunakan kaedah hampir sama lebih awal.
Siapa yang boleh melupakan dengan mudah kalimah "sekeh kepala mufti" dan "butir tahi DAP" yang pernah diungkapkan dengan penuh indah oleh ulama PAS itu?
Ketika ramai yang marah ilmuwan parti yang jelas kukuh dan mendalam ilmu bahasa Melayu itu mengajar kita bahawa kata-kata berkenaan - yang kedengaran tidak sopan - sebenarnya ialah satu daripada khazanah bangsa yang mesti dipugar dari semasa ke semasa.
Lihat saja bagaimana anggota dan penyokong PAS menerima ilmu yang diturunkan oleh pimpinan parti kepada mereka. Justeru dengan penjelasan minimum mereka terbuka dan mengiyakan bidalan berkenaan.
Selain tekun menadah kitab anggota PAS juga beristiqamah menadah telinga mendengar apa saja ajaran pemimpin mereka.
Atas semangat itulah juga - barangkali - Najib mengungkapkan "kepala bapak kau" di majlis MCA semalam.
Perdana menteri mahu mengajar - secara tidak langsung - mengenai ilmu bahasa Melayu yang indah.
Ketika Tun Dr Mahathir menuduh parti Cina itu sebuah pertubuhan cauvinis Najib menyanggahnya dengan mendidik mereka menggunakan laras bahasa Melayu tinggi.
Sebenarnya ada banyak lagi kalimah bermakna dan indah dalam bahasa Melayu yang menggunakan perkataan "kepala". Atas kesedaran ia agak banyak dan ruang tulisan yang terhad, di sini disenaraikan serba sedikit perumpamaan dan bidalan berkaitan kepala:
* Bagai udang bertahi di kepala - Orang yang sentiasa berhutang.
* Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah - Perihal hidup (biasanya rakyat bawahan) yang serba tidak cukup
* Diberi bahu, hendak kepala - Keinginan yang tidak berbatas
Read More / Baca Lagi >>