Update Kenyataan ‘slow learner’: Ku Nan mohon maaf, akui ‘mulut celupar’ >> Berita Malay 18

 | November 28, 2017
Kunan berkata kenyataannya sengaja diputarbelitkan pihak tertentu untuk melaga-lagakan beliau dengan UiTM.
Ku-Nan 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membuat permohonan maaf atas kenyataan “slow learner” terhadap pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mencetuskan kemarahan alumni universiti tersebut dan orang ramai.

Setiausaha Agung Umno itu memohon maaf atas “keceluparan” itu dan akan lebih berhati-hati selepas ini.
“Saya nak minta maaf kalau saya mengguris hati siapa-siapa yang rasa terguris,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan dengan Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) Mohd Zaini Hassan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Saya harap sudah-sudahlah dan tidak perlulah kita nak bising-bising lagi kerana saya sedar dan tahu saya kadang-kadang mulut celupar. Jadi mulut celupar ini perlu hati-hati,” tambahnya.

Tengku Adnaan bagaimanapun berkata kenyataannya itu diputarbelitkan pihak tertentu untuk melaga-lagakan beliau dengan UiTM dan para pelajar.
Beliau menjelaskan, niatnya hanya untuk memberi kesedaran dan motivasi kepada pelajar dan rakyat bahawa kerajaan yang telah memerintah selama 60 tahun ini banyak berjaya.

“Saya nak maklumkan, saya sendiri, keluarga saya sebenarnya dapat manfaat daripada UiTM. UiTM adalah satu institusi yang dibangunkan oleh kerajaan kita untuk membantu kepada warga Melayu,” katanya.

Tengku Adnan membuat kenyataan ‘slow learner’ itu ketika berucap di majlis Anugerah Nadi Negara 2017 di Kuala Lumpur Ahad lalu.
“Anda dapat masuk universiti, kalau ‘slow learner’ (boleh) masuk UiTm. Kadang kala kalau tak dapat markah (secukupnya), markah akan diturunkan agar anda boleh masuk universiti.

“Ada kala kalau tak boleh masuk (universiti) di Malaysia, kita hantar ke luar negara. (Bila) Balik, tunjuk pandai dan marah Umno,” katanya.
FMT

Subscribe to receive free email updates: