Kuala Lumpur – Naib Presiden Umno, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 (PAU3.0) sampai kepada sasaran penuh dengan pengisian berkaitan pelbagai isu.
Menurutnya, PAU3.0 ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pemimpin kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta cendekiawan Islam termasuk belia mendapat pelbagai maklumat termasuk Bajet 2018 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak Oktober lalu.
“Kita dalam persedian menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 sebelum PRU oleh itu kita perlu bersiap sedia dan menyalurkan maklumat terkini kepada rakyat.
“Penerangan ini disampaikan oleh sebahagian daripada pemimpin kanan dalam barisan parti dan kabinet bagi mengangkat martabat orang Melayu dan Islam,” katanya dalam sidang media.
Hishammuddin berkata, beliau melihat pelbagai isu telah dikupas dalam konvensyen ini yang dibawa oleh Bahagian dan NGO untuk dibincang dan dihuraikan bersama.
Tambahnya lagi, beliau yakin selepas konvensyen ini pihak terbabit akan memperolehi maklumat terkini yang boleh digunapakai bagi memberi penjelasan kepada akar umbi.
“Setiap Bahagian telah menghantar usul mereka bagi dibahaskan dalam PAU awal Disember ini, namun usul yang diperbincangan dalam konvensyen ini turut diangkat,” katanya.
Related Posts :
Update Kita tidak kekurangan guru Bahasa Inggeris - Dr Amin Senin >> Berita Malay 18
PULAU PINANG 13 Mei - Kementerian Pendidikan tidak menghadapi masalah kekurangan guru bahasa Inggeris seperti yang didakwa Kesatuan Perkh… Read More...
Update Hadi nafi beri restu pada menantu >> Berita Malay 18Hadi nafi beri restu pada menantu: Takiyuddin pula berkata ada kemungkinan menantu presiden PAS tersebut akan dikenakan tindakan disiplin se… Read More...
Update Angkasa ingatkan penjawat awam waspada >> Berita Malay 18Angkasa ingatkan penjawat awam waspada: KUANTAN - Penjawat awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diingatkan agar lebih berwaspada denga… Read More...
Update Polis tahan pengganas mahu BALAS DENDAM kes Adib & Walaun tahu ke? Bangsa Umno-Melayu lah yg didakwa atas kesalahan rasuah berbilion² ringgit, salahguna kuasa dan ubah wang haram di era Kerajaan BN [Video Saya tak terlibat Yapeim, Kenapa risau dengan SB, Gandingan Mantap] >> Berita Malay 18Isnin, 13 Mei 2019
KiniTV
1) Yapeim rugi RM12juta dalam skim gadaian emas 2) Asyraf Wajdi nafi terlibat skandal Yapeim 3) TH catat keuntung… Read More...
Update Keputusan setakat ini PH 5, BN 3 & Pas kekal 0! Tiada PRK untuk tempoh terdekat..kecuali mahkamah putuskan kes MP Pekan, Baling, Putrajaya, Bagan Datok, Kinabatangan! NEXT, Semberong, Marang dan yg lain bakal menyusul..A bunch of BN’s LIARS! [Video jangan bangkit cerita lama 13 Mei, tapi jadi pengajaran] >> Berita Malay 18Isnin, 13 Mei 2019
Selepas ni, tiada PRK untuk tempoh terdekat.. kecuali mahkamah putuskan kes melibatkan MP Pekan, Baling, Putrajaya, Bag… Read More...