Kerajaan negeri Kelantan dipersoal tentang kaedah pengurusan melibatkan kekayaan hutan yang merugikan.
Adun Salor, Datuk Husam Musa membuat huraian terperinci berkaitan perkara itu ketika berucap dalam sesi perbahasan bajet 2018 di persidangan Dun semalam.
“Dalam isu karbon kredit bajet ini menganggarkan perolehan RM5 juta sedangkan dalam perjanjian seperti telah diberitahu dalam dewan ini jumlahnya adalah RM50 juta.
“Pada permulaan dulu kita diberitahu hasil yang sepatutnya diperolehi dari keluasan 1 juta ekar yang diserahkan kepada Climate Protectors (CP) adalah bernilai RM150 juta,” katanya.
Beliau turut menyoal pendirian kerajaan berhubung tindakan syarikat induk CP iaitu Ecobit yang menjalankan urusniaga jualan bitcoin secara atas talian.
“Website syarikat ini pada peringkat awal memaparkan gambar-gambar pemimpin kerajaan negeri dalam majlis perasmian usaha sama berkaitan urusniaga karbon kredit.
“Gambaran dari sini telah megelirukan orang ramai seolah-olah kerajaan sendiri terlibat.
“Ini menyabkab ramai yang terpengaruh dan ramai anak Kelantan sendiri menyertai skim ini yang kemudiannya ternyata satu penipuan.
“Penjelasan mengenai hal ini amat penting kerana ia telah melibatkan pelbagai kerugian kepada orang ramai dan pihak kerajaan sendiri,” katanya.
Mengenai kelulusan hutan simpan Bukit Pahi, beliau melahirkan rasa terkejut kerana pihak kerajaan mengaku 3 syarikat yang diluluskan itu dimiliki orang sama.
“Timbalan Menteri Besar (Datuk Mohd Amar Abdullah) dalam satu ucapannya mengesahkan perkara ini dan membanding dengan lelaki kahwin tiga.
“Apa perlunya kawasan 5500 ekar ini dipecah tiga kalau untuk diluluskan untuk orang yang sama,” soalnya.
Menurutnya ada kemungkinan ia dipecahkan supaya syarikat-syarikat yang mendapat lelulusan ini mudah untuk menjual semula kawasan berkenaan.
“Saya menduga demikian kerana dalan surat Akademi Yakin kepada syarikat-syarikat ini terdapat klausa yang menyatakan kelulusan itu tidak boleh dijual kepada syarikat lain sebelum perjanjian ditandatangani,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>