Seorang pekerja pembinaan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Baru Tanjung Lumpur, di sini, semalam.
Mangsa yang juga seorang warga Indonesia, Ahlul Zikri, 24, masih belum ditemui setakat pagi tadi selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai terbabit kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan yang menerima laporan berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja-kerja pembinaan jambatan sebelum mangsa dihanyutkan arus sejauh 70 meter dan tenggelam," katanya di sini hari ini .
Menurutnya, seramai 10 anggota polis turut terlibat memberikan bantuan dalam operasi tersebut yang bersambung semula seawal jam 7 pagi hari ini.
Sebuah bot penyelamat membuat pencarian di permukaan sungai terbabit selain usaha membuat pencarian di kawasan sekitar mangsa terjatuh.
Related Posts :
Update PAS refuses to give any seat to partner UMNO... >> Berita Malay 18
Despite Zahid’s apology and begging...
Malay unity is nothing but empty rhetoric trumpeted by Malay politicians desperate for gull… Read More...
Update Saksi mengaku bayar RM400,000 untuk dapat MyKad, pasport M'sia >> Berita Malay 18Saksi mengaku bayar RM400,000 untuk dapat MyKad, pasport M'sia: Warga China berusia 58 tahun, Wang De Qun memberitahu Mahkamah Tinggi George… Read More...
Update Download Reading Comprehension Skills and Strategies Level 3 - 8 >> Berita Malay 18Reading Comprehension Skills and Strategies is designed to reinforce and extend the reading skills of your students.
The fun, high-interest… Read More...
Update TERTIPU JANJI PH, ORANG KAMPUNG MENYESAL TERLAU AWAL CURAH AIR TEMPAYAN... >> Berita Malay 18
Berdentum guruh dilangit, air ditempayan jangan dibuang… berdentum guruh belum bererti hari akan hujan… kalau dibuang juga, takut nant… Read More...
Update TERTIPU JANJI PH, ORANG KAMPUNG MENYESAL TERLAU AWAL CURAH AIR TEMPAYAN... >> Berita Malay 18
Berdentum guruh dilangit, air ditempayan jangan dibuang… berdentum guruh belum bererti hari akan hujan… kalau dibuang juga, takut nant… Read More...