Seramai 31 pemilik lot tanah yang terlibat dalam jajaran Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Ringlet, Cameron Highlands menerima pampasan berjumlah RM11.46 juta.
Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata bagaimanapun tiada pampasan atau bayaran sagu hati diberikan kepada mereka yang menduduki tanah kerajaan secara tidak sah dalam kawasan tersebut.
Namun, beliau menambah kerajaan negeri tetap membantu mereka atas dasar kemanusiaan dan sedang mencari penyelesaian holistik berhubung masalah tanah di pusat peranginan itu.
"Jumlah permohonan yang kita terima lebih 4,000. Proses biasa pun memakan masa empat tahun. Tumpuan diberikan kepada mereka yang menduduki tanah tanpa suratan hak milik atau lesen pendudukan sementara (TOL) tapi mewarisi tanah daripada nenek moyang sejak 40 atau 30 tahun lalu.
"Ini yang kerajaan negeri bantu tidak kira sama ada bendera mereka BN atau DAP," katanya pada sesi penggulungan persidangan Dun Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, semalam.
Adnan berkata demikian bagi menjawab soalan Leong Ngah Ngah (DAP-Tanah Rata) yang ingin tahu bantuan yang telah dan akan disalurkan kepada mangsa projek Tebatan Banjir Sungai Ringlet termasuk mereka yang tidak mempunyai hak milik.
RTB Ringlet sepanjang 1.1 kilometer bermula pada Julai lalu dan dijangka selesai dalam tempoh 34 bulan, dengan kerja-kerja pengosongan kediaman selesai dilakukan pada 5 April lalu.
Projek itu apabila siap kelak membolehkan kelebaran Sungai Ringlet di kawasan itu yang sebelum hanya kira-kira enam hingga lapan meter ditambah sehingga 14 meter, sekali gus mengatasi masalah banjir kilat disebabkan limpahan air deras dari hulu sungai.
Related Posts :
Update [Video Dewan Rakyat panas isu 'tahi' & Azeez melilau, merapu] Rantau - Mengapa Hadi bertaawun dgn Umno? >> Berita Malay 18Selasa, 26 Mac 2019
Pakatan Harapan Supporters
Yang mana Hadi akan bertaawun antara mereka berdua? Mesti yang dapat habuan dedak kan… Read More...
Update [Video Kertas siasatan kes bayaran RM1.4j diserah minggu depan] Hehe parah puak pro jib ni..patut lah duit rompak pun dikata derma! Era Najib UmnoBn jual aset negara RM43.5 billion & Skandal 1MDB RM50 billion, mana walaun2 duk dlm gua ke belum lahir lagi! >> Berita Malay 18Selasa, 26 mac 2019
KiniTV
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kertas siasatan berhubung bayaran RM1.4 juta yang dida… Read More...
Update [Video Tun: Rakyat Perlu Ikat Perut] Mengapa Seminar Ideologi & Pemikiran BATAL! Adakah kerana ada Geng 40? Ketika rakyat marah pasal kos hidup, Tun M tak bagi ikan, dia bagi tali, tali boleh buat pancing atau ikat perut... >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Itulah yang kami waris dari kerajaan lalu] MENTERI KPDNKK, rakyat dah meluat asyik 24 jam nak main DRAMA ke nak berpolitik? Rakyat menunggu pilihan Tun, membela rakyat ATAU menjaga hati beberapa kerat manusia yang bergelar Menteri2 & MB2 yang bodoh sombong. >> Berita Malay 18Selasa, 26 Mac 2019
Saifuddin Nasution Ismail, tolong berhenti main politik & terus jlnkan tanggungjawab anda sbg menteri kpdnhep, tlg… Read More...
Update [Video Sang Saka Biru berkumandang seluruh negara] Mari berbalas pantun dengan Hadi & Pengundi Rantau jangan lupa bagaimana Najib curi duit anda! Najib's RM1.1 billion HOARD. >> Berita Malay 18Selasa, 26 Mac 2019
Saya jawab pantun Haji Hadi, Dengar ni.
Pergi ke johor singgah di Seremban
Singgah membeli sayur timun.
Memang kamu pua… Read More...