Foto sumber Nation
BANGKOK - THAILAND. Seorang lelaki ditemui tergantung bersama nota yang menyatakan rasa menyesalnya selepas merompak kedai serbaneka 7-Eleven.
Laporan Nation mengatakan mayat Natthapong Sosut, 29, ditemui di sebuah garaj hari ini.
Polis mengatakan Natthapong adalah suspek utama yang melakukan rompakan bersenjata mengunakan sebuah raifal di cawangan 7-Eleven, Selasa lalu.
Dalam rompakan tersebut, Natthapong membawa lari 1,000 baht (RM126.66).
Nota oleh Natthapong mengatakan menggunakan senjata dan pelurunya sendiri, menyebabkan siasatan terhadap rompakan tersebut ditamatkan.