Update Malaysia dalam senarai 16 negara ‘menipu’ rugikan ekonomi AS >> Berita Malay 18

Siasatan itu memenuhi janji pilihan raya Trump untuk mendahulukan kepentingan AS dalam semua urusan antarabangsa.
will
PETALING JAYA: Pentadbiran Presiden Donald Trump pada minggu lalu memulakan penyiasatannya dalam usaha menghapuskan apa yang didakwanya amalan perdagangan yang merugikan ekonomi Amerika Syarikat, dan antara 16 negara yang disenaraikan adalah Malaysia, yang menyebabkan defisit dagangan tidak berpihak kepada AS.
Trump menandatangani arahan eksekutif untuk menyiasat dan mengenal pasti negara dan produk yang menyebabkan AS kerugian hampir AS$50 bilion setiap bulan.
AFP memetik Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross, yang berkata penyiasat akan memperincikan setiap negara dalam senarai, sebelum melapor balik kepada Trump dalam masa 90 hari.
“Ia akan menjadi asas untuk membuat keputusan oleh pentadbiran,” katanya, yang menamakan China negara yang menyebabkan kerugian paling tinggi kepada AS.
 Selain China dan Malaysia, negara lain yang menjadi sasaran penyiasatan Trump ialah Canada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Mexico, Korea Selatan, Switzerland, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Menurut Ross, penyiasat AS akan mengkaji perdagangan di setiap negara bagi mendapatkan bukti amalan “menipu”, di samping kewujudan perjanjian dagang yang tidak memenuhi tuntutan, penguatkuasaan lemah, penetapan tukaran asing yang salah, dan halangan di bawah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :