Raja Bahrin mendengar rintihan nelayan mengenai hasil tangkapan mereka yang kerap diganggu nelayan asing yang mana kerajaan masih gagal menyelesaikan isu berkenaan sejak sekian lama.
Isu jawapan lapuk pihak penguatkuasa yang peruntukan minyak untuk rondaan yang lebih jauh dan kerap tidak mencukupi tidak boleh diterima.
Peruntukan yang tidak mengcukupi oleh orang atasan seolah-olah untuk menghalang rondaan kawasan zon “B” ( melebihi dari 5 km dari pantai) dimana kegiatan secara haram oleh bot nelayan Vietnam berleluasa. Jika pihak berkuasa keluar jauh mereka tidak akan mencukupi minyak untuk pulang.
Berdekatan pulau-pulau ini bukan hanya ikan yang makin pupus, tarikan pelancong eco-sistem bawah air seperti batu karang – coral pun musnah jahanam. Perangkap nelayan kampung seperti bubu dan sebagainya pun turut musnah dengan kerugian berpuluh ribu.
Industri pelancongan dan mata pencarian orang kampong biasa pun jahanam dan rugi.
Persoalannya kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan dengan rondaan yang efektif?
Persoalannya lagi adakah nelayan asing ini begitu berani menghampiri pulau-pulau pelancongan ini tanpa tindakan pihak berkuasa kerana ada “godfather” orang atasan VIP tertentu melindungi sindiket mereka ?
Soalan nelayan lagi, kenapa hanya denda yang ringan dan tempoh penahanan yang pendek di kenakan kepada pesalah ? Kenapa Kerajaan berkeras tidak mahu meminda AKTA PERIKANAN 1985 yang pihak SPRM pun minta di ubah ?
Kenapa pihak Kerajaan tidak mahu memberi sokongan menjaga hak nelayan tempatan dengan meminda akta Perikanan dan kelihatan lebih berpihak kepada kepentingan pihak nelayan asing yang hanya di kenakan tindakan dan hukuman yang ringan. Kepentigan siapakah yang di jaga dan di dahulukan oleh Kerajaan ?