Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman mengingatkan supaya rakan-rakan sejawatnya menjawab soalan di parlimen kerana itu adalah tanggungjawab mereka.
“Terdapat beberapa mekanisme di Dewan Rakyat seperti pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan dan jawab bertulis, waktu pertanyaan (MQT), perbahasan rang undang-undang dan usul serta ucapan dalam kamar Khas.

“Oleh itu sudah menjadi tanggungjawab menteri-menteri untuk memberi jawapan kepada isu-isu yang dibangkitkan serta mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di bawah peraturan-peraturan mesyuarat Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bertarikh 6 November terhadap soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang mahu tahu tindakan terhadap menteri yang memberi jawapan tidak logik, tidak telus dan tidak jujur di parlimen.
Azalina yang juga anggota parlimen Pengerang bagaimanapun tidak menyentuh isu hukuman yang boleh dikenakan jika menteri gagal berbuat demikian.
Pembangkang sering mendakwa gagal mendapat jawapan berkaitan soalan berkaitan 1MDB.
Terbaru Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) tidak berpuas hati dengan jawapan menteri kewangan kepada soalan berkaitan jumlah
pelaburan dalam bentuk ‘unit’ anak syarikat 1MDB, Brazen Sky Limited (Ltd).
Soalan lisan yang pernah ditolak dalam sidang Dewan Rakyat pada Julai itu turut mempertanyakan mengenai nama institusi bank atau kewangan yang menjadi ‘penjaga’ kepada pelaburan tersebut.
Menteri kewangan tidak menjawab secara terus sebaliknya memberikan perincian mengenai pelan rasionalisasi 1MDB yang menurutnya tidak berkaitan langsung dengan soalan yang diajukan.
Related Posts :
Update [Video Tun M: Cuti 10, 11 Mei jika HARAPAN menang & Mungkin Najib akan beli calon HARAPAN] Zamry & Khalid tanding 2 kerusi, petanda JOHOR, PERAK BAKAL MILIK PAKATAN HARAPAN. >> Berita Malay 18Selasa, 24 April 2018
TINDAKAN KHALED, ZAMBRY TANDING DUA KERUSI BAYANGAN JOHOR, PERAK BAKAL MILIK PAKATAN HARAPAN
Dalam UMNO, bukan… Read More...
Update Bersatu akur pembahagian kerusi >> Berita Malay 1824/4/18
Calon Bersatu merakamkan gambar bersama selepas sidang media.
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Bersatu Selangor akur dengan keputusa… Read More...
Update Kejam, sibuk bekerja, lelaki ini biarkan mayat ayahnya busuk selama 2 bulan- VIDEO >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Ibu bersalin dapat CUTI 2 TAHUN jika Mohd Amar jadi PM >> Berita Malay 18
Satu lagi tawaran daripada pemimpin kanan PAS - andainya beliau menjadi perdana menteri.
Menurut Datuk Mohd Amad Nik Abdullah, keraja… Read More...
Update 'Tetap kawan Mukhriz, tapi terpaksa lawan' >> Berita Malay 18
… Read More...