Difahamkan, DAP, Amanah dan Bersatu di Selangor akan bertanding sebanyak 21 kerusi yang ditandingi oleh Pas pada PRU lalu.
Menurut laporan Oriental Daily, daripada 21 kerusi itu, DAP diberikan enam kerusi, iaitu Taman Templer, Paya Jaras, Dusun Tua dan Lembah Jaya, manakala dua lagi kerusi iaitu Meru dan Tanjong Sepat kemungkinan akan bertukar dengan Amanah di saat akhir.
“DAP akan menurunkan calon-calon Melayunya untuk bertanding di kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu ini.
Dengan pembahagian kerusi antara tiga parti komponen Harapan ini, pertembungan tiga penjuru sudah pasti tidak dapat dielakkan dalam Dun Selangor pada PRU akan datang.
Menurut sumber DAP Selangor ketika memberitahu akhbar ini, pembahagian kerusi ini perlu dilakukan dengan berhati-hati memandangkan keadaan politik di Selangor agak berlainan dengan negeri-negeri lain.
“Pucuk pimpinan Pakatan Harapan masih belum mengadakan rundingan rasmi mengenai kedudukan di Selangor. PKR sebenarnya masih ingin menyediakan kerusi kepada Pas bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.
“Namun perkara ini mustahil untuk dilakukan kerana kita kini telah ada Amanah dan Bersatu,” kata sumber ini.