Update PAN HALANG PEMUDA PAS SOLAT HAJAT >> Berita Malay 18




Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPK) mungkin terpaksa melupakan hasratnya mengadakan solat hajat di pekarangan Wisma Tok Guru, Kampung Pendek, Salor dekat Kota Bharu pada 16 November ini berikutan satu laporan polis telah dibuat ahli Parti Amanah Negara (PAN) Bahagian Kubang Kerian.

Laporan itu dibuat kerana PAN bimbang tindakan DPPK itu boleh menimbulkan huru hara berikutan masing-masing mendakwa Wisma Tok Guru milik mereka.

Menurut Ketua Penerangan DPPK, Nazman Che Ibrahim, sayap parti itu merancang mengadakan solat hajat di situ kerana mendakwa tanah dan bangunan Wisma Tok Guru adalah milik Badan Perhubungan Pas Kelantan.

“Kami hanya akan mengadakan solat hajat di tanah milik kami yang dibeli secara sah mengikut undang-undang.

“Ia umpama kita solat di rumah kita sendiri, tiba-tiba ada jiran membuat laporan polis mengatakan akan berlaku huru hara. Ini agak menghairankan,” katanya di Kota Bharu, semalam.

Difahamkan PAN Kubang Kerian telah membuat laporan polis berikutan hasrat DPPK itu yang mahu mengadakan solat hajat di Pejabat Pusat Khidmat DUN Salor di Kampung Pendek.

Ketua PAN Kubang Kerian, Fauzi Muhammad dilapor mendakwa, hasrat Pas itu berbentuk provokasi yang boleh menggugat keamanan dan huru-hara.

Hartanah yang menempatkan Pusat Khidmat DUN Salor dan PAN di Mukim Pendek kini dijual oleh pemiliknya.

Pemiliknya, isteri Allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim, Haripah Dollah menjual hartanah itu kepada seorang ahli Pas dengan harga RM700,000.

Urusan pindah milik selesai 18 September lalu, berikutan itu notis dikeluarkan pejabat peguam bagi membolehkan mereka yang berada di bangunan di situ mengosongkannya dalam tempoh sebulan.

Notis pengosongan ditampal di pagar bangunan itu pada 12 Oktober lalu.


Subscribe to receive free email updates: