Ketua AMK PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga EXCO Selangor di dalam kenyataan beliau di laman sosial Twitter pada 31/10/2017 membayangkan ekonomi Malaysia berada di dalam keadaan yang teruk apabila 5 Cawangan Giant telah ditutup.
Kenyataan Nik Nazmi ini tidak mengejutkan kerana majoriti pemimpin pembangkang berkata ekonomi Malaysia berada di dalam keadaan yang teruk. Malah lebih teruk lagi apabila ada yang mengandaikan Malaysia akan bangkrap dalam masa terdekat.
Di bawah adalah beberapa gambar yang telah dimuat naik oleh netizen. Kejadian berlaku di Malaysia. Rakyat Malaysia beratur sejak dari pagi. Bukan kerana hendak mendapatkan makanan. Sebaliknya beratur untuk masuk ke IKEA yang baru dibuka di Tebrau, Johor. IKEA ini merupakan yang terbesar di Asia Tenggara.
Ekonomi Malaysia sedang nazak, kata pembangkang. Malaysia di ambang muflis. DS Najib Tun Razak zalim kerana membiarkan Rakyat beratur di tengah panas. Kata pembangkang la. Jangan pula ada yang membuat komen, ini bukan Malaysia. Ini negara Johor. Matilah nak!