Update PPBM masih baru, JPPM setuju bantu, kata Muhyiddin >> Berita Malay 18

JPPM menerima penjelasan berhubung isu mesyuarat agung tahunan parti dan bersetuju untuk membantu parti itu.
Muhyiddin-Yassin-bendera-ppbmPUTRAJAYA: PPBM memerlukan tunjuk ajar dan nasihat Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) berhubung isu sekitar mengadakan mesyuarat agung tahunan memandangkan parti itu masih baru, kata Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata, pertemuannya dengan Ketua Pengarah JPPM Surayati Ibrahim hari ini berjaya mencapai kata putus, iaitu parti diberi masa untuk kemuka saranan bagi menyelesaikan isu kegagalan mengadakan mesyuarat agung tahunan parti peringkat pusat dan bahagian yang belum diadakan sejak pendaftaran diluluskan.
“Kita telah ambil kesempatan untuk jelaskan status parti kita sejak awal penubuhan hingga fasa sekarang. Saya kemukakan bahawa kita masih dalam peringkat penubuhan, badan tubuh PPBM belum lengkap kerana proses masih berjalan.
“Disebabkan itu kita minta ‘understanding’ JPPM dan pada hari ini dalam keadaan yang sama kita akan patuhi segala arahan terutamanya dari segi perlembagaan parti dan undang-undang daftar pertubuhan,” katanya kepada pemberita di JPPM hari ini.
Beliau berkata semua pihak berkenaan dalam mesyuarat itu mengambil kesempatan menjelaskan keadaan dan akhirnya JPPM bersetuju untuk membantu PBBM menyelesaikan isu berbangkit.
“JPPM bersetuju beri ruang PPBM usulkan cadangan yang sesuai tentang cara mana dan bagaimana kita nak adakan perhimpunan agung dalam situasi di mana keadaan kita masih dalam peringkat pembentukan bahagian dan sayap.
“Terima kasih kerana JPPM nampaknya telah beri peluang untuk kita menjelaskan situasi dalam PPBM,” kata Muhyiddin.
Tambahnya lagi, PPBM akan mengusulkan cadangan kepada JPPM dalam minggu ini.
“Beliau (Surayati) bersetuju beri masa sedikit supaya cadangan ini kita akan kemukakan kepada beliau dan kita akan duduk bersama untuk meneliti keadaan yang dianggap sesuai dilaksanakan.
“Kita akan hantar surat tentang macam mana bentuk cadangan kita akan kemukakan, terutamanya tentang soal bagaimana nak urus mesyuarat agung dalam keadaan kita baru tertubuh.
“Bahagian belum selesai sampai tempoh setahun apatah lagi cawangan belum terbentuk, tapi dalam perlembagaan kita fasal tertentu nyatakan kita perlu laksanakan mesyuarat agung,” kata Muhyiddin lagi.
Muhyiddin sementara itu meminta ahli PPBM bertenang kerana beliau percaya masalah itu akan dapat diselesaikan.
“Ini perkara positif amat menggalakkan. Tidak ada masalah. Suasana baik dan kita puas hati,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :