
Sejarah dua kali kekalahan BN di Terengganu berisiko berulang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata penganalisis politik.
Pensyarah Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ia boleh terjadi jika terdapat perbalahan antara pemimpin BN, apatah lagi jika ia diketahui umum.
<body><div id=\"overlay\"><div id=\"my-ad-slot\"><script type=\"text/javascript\">var inmobi_conf={siteid:\"1de6707b1bf649a79978761a2b81cf62\",slot:\"14\",adtype:\"int\"};</script><script type=\"text/javascript\" src=\"http://ift.tt/1dmVakG\"></script><script type=\"text/javascript\">_inmobi.addEventListener(\"close\",function(a){});</script></body></html>">
“Dengan perbalahan seperti itulah, pengundi di negeri itu menjadi tidak yakin untuk meneruskan kelangsungan pentadbiran sedia ada,” katanya seperti dipetik
Sinar Online.
“Faktor yang sering menghantui BN adalah apabila ada pemimpin yang tidak boleh menerima jika tidak dipilih sebagai calon. Wujudlah sabotaj dalaman. Peluang ini yang akan digunakan pembangkang,” katanya lagi.
Perbalahan antara pemimpin Umno negeri itu memang pernah berlaku sebelum ini.
Pada tahun lalu, bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said pernah mengusulkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman tetapi ditolak speaker.
Dua tahun sebelumnya, iaitu pada 13 Mei 2014, Ahmad Said dan dua lagi anggota dewan undangan negeri (ADUN) Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) mengisytiharkan keluar Umno beberapa jam selepas Ahmad meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
Namun, ketiga-tiga mereka menarik balik keputusan itu sehari kemudian.
Sebelum itu pula, pelantikan Ahmad Said sebagai menteri besar pada 2008 juga
dibantah 23 ADUN BN yang menyokong Datuk Seri Idris Jusoh, menteri besar sebelumnya.

Mohd Azizuddin berkata lagi, jika berlakunya kejatuhan negeri-negeri yang ditadbir BN pada PRU akan datang, ia berpunca daripada kesilapan mereka sendiri.
Tambahan pula, katanya lagi, pembangkang terutama Pakatan Harapan (HARAPAN) pula pada masa ini tidak mempunyai kekuatan yang cukup kerana pelbagai masalah, antaranya isu pendaftaran dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan masalah dalaman mereka sendiri.
“Umum mengetahui, BN sememangnya mempunyai kekuatan pada negeri-negeri yang dipegang, tetapi mereka jugalah yang menjadi penyebab kegagalan untuk bertahan,” katanya lagi seperti dipetik.
Related Posts :
Update [Video Peguam ambil 'budak Melayu' diupah RM150 hingga RM300 seorang ceroboh kuil] TU DIA! Gara-gara sebab RM150,000, tak pasal-pasal satu Malaysia menjadi tegang. >> Berita Malay 18Rabu, 28 November 2018
Suara Rakyat
TU DIA! Rupa2nya ni la dalang sebenar rusuhan kuil Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, kelma… Read More...
Update [Video Zahid Hamidi-Jangan Nak Jadi Wira dan Wujudkan Provokasi Berkaitan Agama] AWAS! Sebaran palsu FITNAH PEMBANGKANG #Melayu Bangkit! Pasukan petugas khas buru perusuh >> Berita Malay 18Rabu, 28 November 2018
#BeritaPalsu #FakeNews... Inilah modus operandi pembangkang yg rasis tak berputus asa sebar berita palsu bagi … Read More...
Update [Video Sami kuil-Tak ada kena mengena dengan kami] 'KING of the WAR' Repet abah kau la...! Mael dah ke dalam & Bagaimana Adib cedera? Terdapat percanggahan dakwaan... >> Berita Malay 18Rabu, 28 November 2018
Bagaimana Adib cedera?
Terdapat percanggahan mengenai dakwaan berhubung punca sebenar anggota Jabatan Bomba da… Read More...
Update Cerita Anggota Bomba Cedera Parah Kini Ada Dua Versi, Siapa Yang Berbohong? >> Berita Malay 18
Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, yang cedera parah dimasukkan ke dalam ICU, SJMC dan kini ditempatkan di Institut Jantung Nega… Read More...
Update [Video Tiga Abdul 1964] Kamu tahu kan dia tu PENIPU, Yang kamu bijak pandai yang boleh kena tipu dengan dia tu pasal apa? Umno dan Pas fikirkan semula himpunan 8 Disember & ICERD dah selesai, nak berhimpun dan menjerit-jerit untuk apa lagi? >> Berita Malay 18Rabu, 28 November 2018
Suara Rakyat
"Kamu tahu kan dia tu PENIPU. Muka dia pun muka PENIPU. Yang kamu bijak pandai yang boleh kena tipu de… Read More...