Update Qazaf: MP HARAPAN gesa JAWI siasat Husni >> Berita Malay 18

Pakatan Harapan (HARAPAN) menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat bekas menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di bawah tuduhan qazaf.
Ini berikutan tuduhan Husni sebelum ini yang mendakwa bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meliwat anak buahnya.
Terdahulu satu laporan dibuat oleh anggota-anggota parlimen HARAPAN pada jam 4 petang tadi.
Mereka meminta JAWI menyiasat tuduhan berkenaan mengikut Seksyen 41 Akta 559 kesalahan jenayah syariah.
"(Kesalahan) qazaf apabila seseorang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat tanpa empat orang saksi.
"Apa yang dilakukan Ahli Parlimen Tambun (Husni) untuk menyatakan pertuduhan tanpa membawa saksi dan menyebut bahawa anak buahnya menjadi mangsa.
"Islam hendak menghalang sesiapa membuat tuduhan rambang, liar. Itulah sebabnya sesiapa yang membuat (tuduhan) qazaf akan dikenakan 80 kali sebatan.
"(Namun) tidak tahulah ia akan dilakukan atau tidak, tetapi kita serahkan kepada JAWI," kata Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :