Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial seminggu lalu, tidak melakukan kesalahan.
Pengarahnya, Sharuddin Jali berkata siasatan terhadap pemilik kedai makan itu mendapati harga dikenakan adalah berpatutan dan harga udang galah mengikut gred juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai.
"Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong.
"Bagi harga udang galah telah dinyatakan bahawa perkiraan adalah mengikut gred iaitu A, B dan C pada harga antara RM50 ke RM100 mengikut hidangan," katanya semasa dihubungi di sini, semalam.
Sharuddin menambah, siasatan juga mendapati tiada tindakan boleh diambil ke atas pemilik kedai kerana tiada kesalahan dilakukan.
Sehubungan itu, Sharuddin menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan, untuk mengelakkan masalah itu daripada berlaku.
Pada minggu lalu, seorang wanita memuat naik kenyataan di Twitter kerana perlu membayar RM100 semasa makan bersama suaminya di sebuah kedai makan di tepi jalan Leban Chondong, Kuala Rompin.
Wanita itu memuat naik resit bayaran dan gambar nasi campur bersama dua ekor udang galah bersama kenyataan 'weh memang gini ke kedai ni? ke laki aku makan ikan duyung' dan status itu mendapat pelbagai reaksi netizen.
Related Posts :
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/03/update-video-annuar-azmin-saling.html">Update [Video Annuar, Azmin saling menyindir " Dah 20 tahun, baru pagi ni nak sokong PD"] >> Berita Malay 18Selasa, 12 Mac 2019
KiniTV
Kehangatan Dewan Rakyat pagi ini dihangatkan dengan sindir menyindir di antara Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Ann… Read More...
Update [Video PENCURI Bergema Dlm Dewan] Mengapa UMNO-PAS terus fitnah DAP? >> Berita Malay 18Selasa, 12 Mac 2019
Mengapa UMNO-PAS terus fitnah DAP?
Kepimpinan UMNO dan PAS boleh membentuk kerjasama semahunya. Tiada siapa yang beras… Read More...
Update [Video YB BN berang! kerajaan lama salah, kerajaan lama salah] انا لله وانا اليه راجعون Ust Norazli Musa (rakan lama dalam perjuangan) Sudah2 lah minta tangguh! Macai dan walaun banyak kali tanya bila nak tangkap Najib. >> Berita Malay 18Selasa, 12 Mac 2019
Rakan lama dalam perjuangan menentang UMNO dulu telah meninggalkan dunia. Al-Fatihah..
Pakatan Harapan Supporters
Sud… Read More...
Update [Video Dewan kecoh! Pembangkang masih lagi berhujah macam 'mangkuk ayun'] KJ ajak UMNO-PAS tolak politik perkauman, jadi lebih inklusif & Adakah Khairy sebenarnya sedang cuba meng’DAP’kan UMNO dan PAS? >> Berita Malay 18Selasa, 12 Mac 2019
KJ ajak UMNO-PAS tolak politik perkauman, jadi lebih inklusif
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin … Read More...
Update [Video Tun M: Zaman Umno BN, Penjawat Awam pakai baju biru! Kah kah kah] Rusuhan kaum boleh berlaku jika isu perkauman dan fitnah terus dimainkan UMNO-Pas! Kes skandal Scorpene: K'jaan sedia hulur bantuan - Chin Tong >> Berita Malay 18Selasa, 12 Mac 2019
Otai BERSIH
Rusuhan Kaum Boleh Berlaku Jika Isu Perkauman Serta Fitnah Dimainkan Oleh UMNO-Pas.
Isu perkauman sering d… Read More...