Pemimpin Pakatan Harapan membidas tindakan polis menarik balik pengawal peribadi Dr Mahathir, menyifatkan langkah itu 'jengkel' dan 'koman'.

Pemimpin Pakatan Harapan hari ini membidas polis dan kerajaan kerana menarik balik pengawal peribadi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli politik DAP Datuk Zaid Ibrahim berkata polis dan perdana menteri sepatutnya menunjukkan penghormatan pada Dr Mahathir.
“Tindakan yang jengkel dan tidak patut sama sekali…tetapi tidak apa, rakyat pula yang akan menjaga beliau,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah berkata di negara-negara demokrasi yang utuh, bekas pemimpin, sama ada perdana menteri atau presiden, diberi status rasmi dan keistimewaan seperti sebuah pejabat dan ciri-ciri keselamatan.
“Menarik balik perkhidmatan pengawal peribadi menunjukkan demokrasi kita sangat koman,” katanya.
Zaid dan Saifuddin mengulas laporan hari ini yang melaporkan polis menarik balik pengawal peribadi yang disediakan untuk keselamatan Dr Mahathir oleh Unit Tindakan Khas (UTK).
Penarikan balik itu setahun selepas Putrajaya menamatkan kontrak tukang masak dan pembantu pejabat Dr Mahathir.
Dr Mahathir, yang memimpin negara dari 1981 hingga 2003, merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat. Beliau meletakkan keahlian Umno tahun lepas dan kini mempengerusikan gabungan pembangkang.
Ahli Parlimen DAP Charles Santiago berkata perkhidmatan sama yang diberikan kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, juga perlu diberikan kepada Dr Mahathir.
“Kalau perkhidmatan diberi kepada Pak Lah, maka ia perlu diberi kepada Dr Mahathir,” katanya.
Naib Presiden PKR Tian Chua berkata Dr Mahathir harus diberi pengawal peribadi memandangkan beliau pernah berkhidmat dan menyumbang kepada negara.
“Perkhidmatan itu tidak boleh dipolitikkan, dan tidak boleh ditarik balik semata-mata kerana pendirian Dr Mahathir atau perdana menteri lain.”
FMT sudah menghubungi Ketua polis Negara Tan Sri Fuzi Harun dan menunggu jawapan beliau.
Related Posts :
Update [Video Mahkamah Benar Najib Tangguh Perbicaraan] Halloo, Bossku bukan bishee bishee..Tangguh daaa! ABDUH, ISU RM90 JUTA BUKAN KITAR SEMULA! Nik Abduh perlu ingat, Ust Pas sendiri yang membuat pendedahan. >> Berita Malay 18Isnin, 11 Februari 2019
Hallo, Bossku bukan bishee bishee..Tangguh daaa!
NIK ABDUH, ISU RM90 JUTA BUKAN KITAR SEMULA
1. Nik Abduh jug… Read More...
Update Rafidah, Zeti antara ahli majlis ekonomi bagi tangani kos sara hidup >> Berita Malay 18Rafidah, Zeti antara ahli majlis ekonomi bagi tangani kos sara hidup: Selain kos sara hidup, Majlis Tindakan Ekonomi akan meneliti isu-isu b… Read More...
Update Hadi kafirkan UMNO,dulu rakan sekatil DAP... >> Berita Malay 18
Umat Islam bertanya apakah Hj Hadi ulamak atau ular dalam semak? Lebai-lebai puyuh super taksub merhaban memuja ketua mereka seolah-olah … Read More...
Update [Video Mahkamah Rayuan benarkan Najib tangguh perbicaraan kes SRC] Tangguh perbicaraan. >> Berita Malay 18Isnin, 11 Februari 2019
KiniTV
Perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak berhubung tujuh dakwaan berkaitan dengan penyelewengan dan… Read More...
Update Luahan Rakyat Kos Hidup Meningkat setelah KLEPET OKRASI memerintah >> Berita Malay 18
Kerajaan KLEPETOKRASI ialah sebuah Kerajaan" PALSU" (Penuh Pembohongan) yang suka/seronok/sanggup MENIPU (MEMBOHONGI /&nbs… Read More...