Ketua polis negara menjelaskan keterangan peguam terkenal itu perlu diambil kerana ada laporan polis dibuat terhadapnya.

KUALA LUMPUR: Polis menolak dakwaan siasatan ke atas Datuk S Ambiga yang dinamakan dalam pembelaan kes saman antara editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertujuan menakut-nakutkan peguam itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata keterangan Ambiga perlu diambil kerana ada laporan polis dibuat terhadapnya dan polis sekadar menjalankan tugas.
“Terdapat laporan polis yang dibuat, jadi kita kena buka siasatan dan selepas semua kenyataan dan siasatan dibuat kami akan hantar kepada pihak berkuasa masing-masing untuk diambil tindakan susulan,” kata Fuzi pada sidang media selepas lawatan kerja ke Unit Tindakan Khas (UTK) di Cheras hari ini.”
“Kita siasat akan akan dipersalah, tak siasat pun akan dipersalah,” tambahnya.
Ambiga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kerana mendatangkan khianat awam, berdasarkan laporan yang dibuat Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) Datuk Zulkarnain Mahdar.
Seksyen Kanun Keseksaan itu menyentuh kesalahan mengedarkan bahan yang menyebabkan kegentaran kepada awam, manakala seksyen Akta SKMM itu pula menyentuh kesalahan memulakan penghantaran komunikasi dengan niat untuk menganiayai orang lain.
Beliau berkata polis mengutamakan laporan Zulkarnain itu kerana keseriusan tuduhan yang dikaitkan dengan Ambiga.
“Kita perlu melakukan siasatan dengan betul terhadap tuduhan tersebut dan tuduhan itu sangat serius kerana tuduhan terima RM90 juta yang dibuat tidak sedikit,” kata Fuzi.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update UNDI PENEROKA FELDA YANG TIDAK DIHARGAI >> Berita Malay 18
NASIB warga Felda yang diabaikan belum nampak lagi akan benar-benar dibela oleh Pakatan Harapan.
Mereka yang semakin lewat mendapat wa… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/08/update-video-pac-jangan-tumpu-nak-cari.html">Update [Video PAC jangan tumpu nak cari salah saja - Najib] Cadangan buang frasa 'saya yang menurut perintah'? "Kita boleh tukar," kata PM, disambut tepukan dan sorakan hadirin & PTD mahu "Saya yang menjalankan amanah". >> Berita Malay 18Rabu, 15 Ogos 2018
Pegawai k'jaan cadang buang frasa 'saya yang menurut perintah'
Seorang pegawai kerajaan hari ini meminta kerajaan m… Read More...
Update Bila Baru Bian Kata Kos Pampasan Kepada Syarikat Konsesi Tol RM400 Bilion, Mana @TonyPua? >> Berita Malay 18
03/04/2014, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyelar kenyataan Menteri Kerja Raya Kerajaan BN, Datuk Fadillah Yusof yang… Read More...
Update [Video LGBT- Dato' Dr. Danial Zainal Abidin & Orang Kata Mufti Perlis Sokong LGBT?] Perbincangan Dr Mujahid Dengan Mak Nyah & Untuk apa solidariti untuk Dr Ilyani? Lebai-lebai dah buat kecoh, ugut nak buat demo? >> Berita Malay 18Rabu, 15 Ogos 2018
Perbincangan Dr Mujahid Dengan Mak Nyah
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · 1 jam ·
… Read More...
Update [Video Sidang Dewan Rakyat 15 Ogos 2018 (Sesi petang)] >> Berita Malay 18Arau, 15 Ogos 2018
… Read More...