Satu cache surat menyurat yang bocor mendedahkan Low Taek Jho bimbang dakwaan terhadapnya berkaitan isu 1MDB akan menyebabkan hartawan itu dihantar pulang ke Malaysia.
Dalam e-mel bertarikh 10 Ogos 2015, peguam Demelza Hassani yang berpangkalan di United Kingdom dikatakan menghubungi firma guaman Appleby di Cayman Islands bagi mendapatkan maklumat berkaitan undang-undang ekstradisi di kepulauan itu dan British Virgin Islands (BVI).
“Encik Low sedang berdepan dakwaan salah laku kewangan di Malaysia.
“Berdasarkan bentuk tuduhan di Malaysia, Encik Low bimbang berkaitan pendedahannya di peringkat antarabangsa dan mahu mendapatkan nasihat pakar berkaitan undang-undang antarabangsa (termasuk permohonan bantuan undang-undang bersama dan/atau arahan sekatan global),” kata Hassani melalui e-mel.
E-mel itu dihantar hanya sebulan selepas The Wall Street Journal (WSJ) membuat pendedahan membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Low dalam isu 1MDB.
Akhbar kewangan berpengaruh dunia itu melaporkan dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB untuk kempen pilihan raya BN pada 2013 dan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Sebahagian daripada dana itu dilapor disalurkan melalui akaun yang dikawal oleh Low yang lebih dikenali sbagai Jho Low.
Low secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan cuba menggambarkan dakwaan-dakwaan itu sebagai bermotifkan politik.
Read More / Baca Lagi >>